Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Al Mubarak







Salam Ramadan Al Mubarak
Di seluruh pelosok dunia umat manusia khususnya yang bertauhidkan Allah sedang bersiap sedia untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan, bulan di dalamnya tersembunyi seribu rahmat dan keberkatan, yg didalamnya mengandungi satu malam yg lebih baik dari seribu malam yakni malam lailatulqadar.


Sebagai mukmin cuba kita renung sejenak apakah yang terkandung di sebalik pengertian Ramadhan?Apakah sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga?Apakah sekadar plan diet untuk kesihatan tubuh badan dan lanjut usia?Atau cuma tradisi dan ikut-ikutan dari turun temurun sehingga kini.Cuba kita ambil sedikit masa bermuhasabah diri, merenung kedasar rohani, di manakah iktikad dan nawaitu kita di dalam mengerjakan amal ibadat kepada Allah S.W.T.


Cukupkah sekadar kita berniat di malam hari, menahan lapar dan dahaga di siang hari?Atau sekadar menikmati rezeki pemberian Allah tatkala berbuka puasa setelah seharian menahan lapar dan dahaga?Jika hanya itu yg kita kejar, maka itu sahajalah yang akan kita dapat.Nikmat makan.Sedangkan rohani kita menggigil kelaparan setelah bukan seharian, tetapi setahun tidak disuap dengan makanan kerohanian yakni zikrullah dan ibadat-ibadat sunat.


Sebagai seorang hamba, kita mesti memahami konsep penyembahan seorang hamba kepada tuannya.Cukupkah sekadar kita bersembahyang 5 kali sehari kita meletakkan diri kita di tempat yang tinggi?Kononnya kita sudah melaksanakan tuntutan Allah dan Muhammad?Sejauh manakah kita menyerahkan jiwa dan raga kita di kala kita sujud menyembah tuhan yang satu?Sejauh manakah nafsu kita tunduk patuh kepada penguasa sekalian alam?Marilah kita mengambil kesempatan yang tinggal cuma sedikit ini untuk menginsafi kejadian diri, untuk mencari jalan pulang yang abadi daripada kita sibuk mengubah perkara yang memang sudah diletakkan ketetapannya.Ubah diri sendiri sebelum kita ubah orang lain!Jangan sibuk memberi makan kera dihutan, sedangkan yg didalam jiwa mati tak makan!Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.