Wednesday, August 3, 2011
Sila Beri Perhatian Kepada Nama-Nama Dibawah
Assalamualaikum pembuka bicara. Dengan izin dan rahmat dari Allah kali ini dapat kita dedahkan serba sedikit tentang susur galur organisasi akhir zaman yg motifnya untuk memporak perandakan umat 'M'..Saya dahului dengan ucapan terima kasih kepada Datuk Bija Sura Al-Qadiri kerana diatas jasa beliau saya mendapat info ini untuk dikongsi bersama.
Tepuk dada tanya yang didalam diri....
Tuesday, August 2, 2011
"Allah menjawab AL-FATIHAH kita"
Dari 'Ubaidah bin shamit r.a,Rasulullah telah bersabda:"Tidak sah solat seseorang yang tidak membaca surah AL-FATIHAH".
Riwayat dari Abu Hurairah pula,rasulullah telah bersabda:"Sesiapa yang tidak membaca AL-FATIHAH di dalam solat,maka solatnya itu tidak sempurna.(Rasulullah telah mengulangi kenyataan ini sebanyak 3 kali)".
Lalu sahabat bertanya kepada Abu Hurairah:"Bagaimana pula kalau kami mengikut imam?".Jawab Abu Hurairah:"Bacalah perlahan-lahan.Kerana aku pernah mendengar Rasulullah bersabda:
Bahawa Allah berfirman:"Solat itu aku bagi 2 iaitu antara-KU dan hamba-KU.Untuk hamba-KU ialah apa yang dimintanya...
Apabila hamba-KU mengucapkan:Alhamdulillahi rabbil 'alamin(segala puji tertentu bagi allah,tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam)
AKU menjawab:hamdani 'abdi(hambaku memujiku)
Apabila hamba-KU mengucapkan:Arrahmanirrahim(Yang maha pengasih lagi maha penyanyang)
AKU menjawab:'Atsna alayya 'abdi(hambaku menyanjungiku)
Apabila hamba-KU mengucapkan:Maliki yaumiddin(Maha penguasa hari kemudian)
AKU menjawab:Majjadani abdi(hambaku mengagungkanku)
Apabila hamba-KU mengucapkan:iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in(kepda engkau kami menyembah dan kepada engkau kami minta pertolongan)AKU menjawab:Hadza bayni wa bayna abdi,wali abdi wa saala(inilah bahagianku dan bahagian hambaku yg dimintanya)
Apabila hamba-KU mengucapkan:Ihdinash siratal mustaqim,siratal ladzina an'amta 'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladh-dhaalin(pimpinlah kami ke jalan yang lurus,yakni jalan yang tidak engkau murkai dan tidak pula jalan orang yang sesat)
AKU menjawab:Hadza li abdi,wali 'abdi ma saala(inilah bahagian hambaku,untuk apa yang dimintanya)
Segala puji bagi mu ya Allah tuhan seru sekalian alam...
Subscribe to:
Posts (Atom)