Apabila kita berbicara soal hantu, sering digambarkan di dalam filem atau drama di layar perak bahawa hantu adalah merujuk kepada satu entiti (istilah yang membawa maksud satu objek yang nyata dan bisa dibezakan dengan objek lainnya) yang menyeramkan, dan menakutkan mata yang memandang. Sedari kecil kita sudah diasuh dan disumbatkan dengan fakta-fakta dari generasi terdahulu, sehingga ada yang mengandaikan bahawa hantu adalah satu golongan yang lain (selain dari manusia, malaikat, dan jin).Lalu wujudlah pelbagai jenis gelaran dan nama-nama yang direka khas untuk membezakan jenis-jenis hantu ini tadi mengikut ciri-ciri fizikalnya.
Hantu yang dimaksudkan adalah semata-mata jelmaan dari jin yang menyerupai sesuatu yang menyeramkan dan digeruni oleh manusia, dengan niat untuk memesongkan akidah dan kepercayaan manusia terutama yang Muslim. Kita kerap dengar tentang manusia (Muslim) yang bertemu hantu (Jin), tetapi jarang sekali kita dengar (ada tetapi kurang jika dibandingkan dengan cerita Muslim yang melihat hantu/jin) bangsa atau pengganut agama lain yang bertemunya. Jawapannya mudah sekali. Mereka itu telah sesat, jika difikirkan logik akal tidak perlu lagi makhluk ini berusaha keras untuk memesongkan mereka yang sedia sesat.
Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran:
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.”
Surah Adz –Dzariyat Ayat 56
"Katakanlah: Telah diwahyukan kepadaku bahawa sekumpulan jin telah mendengarkan, lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengarkan al-Qur’an yang menakjubkan.Memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. Dan kami tidak akan mempersekutukan seorang pun dengan Rab (Tuhan) kami."
Surah Al-Jinn Ayat 1 dan 2.
Di dalam Al-Quran Allah telah menjelaskan secara terperinci tentang penciptaan jin. Dan tidak ada langsung di dalam Al-Quran atau mana-mana kitab dan hadis sahih sekali pun yang menyebut tentang asal-usul kejadian hantu ini. Yang kerap disebut di dalam Al-Quran hanyalah tentang MANUSIA, MALAIKAT, JIN, SYAITAN dan IBLIS LAKNATULLAH. Malaikat adalah makhluk Allah yang tercipta dari 'Nur' yakni cahaya, manakala Iblis Laknatullah adalah tergolong dari kalangan jin yang telah dilaknat oleh Allah kerana keengganannya sujud kepada Adam A.S sebagai khalifah di muka bumi, dan syaitan pula adalah konco-konco yakni pengikut kepada Iblis.
Tidak seperti Iblis dan syaitan (yang semuanya berada dalam kesesatan yang nyata) jin tergolong kepada 2 golongan iaitu yang kafir dan yang Islam. Dan jin telah dicipta terlebih dahulu sebelum penciptaan Adam A.S.
Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran:
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma."
Surah Al-Hijr Ayat 26-27.
Dari ayat diatas kita dapatlah simpulkan bahawa jin telah wujud sebelum kedatangan manusia. Dan seperti juga manusia mereka dikurniakan dengan ilmu dan kepandaian mereka sendiri (hingga mampu mengubah rupa fizikal kepada yang lain). Setakat ini saja dahulu, akan disentuh dalam artikel-artikel akan datang. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment