Tuesday, March 13, 2012

Persilatan dan Melayu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Saya bukan bertujuan untuk mengulas lebih lanjut tentang ilmu pertempuran atau ilmu-ilmu kebatinan dalam persilatan Melayu pada kali ini, kerana seperti yang ramai sedia maklum saya bukan lah seorang yang betul-betul arif dalam perkara tersebut.Namun saya terdetik untuk memperkatakan di mana hala tuju atau matlamat sebenar seseorang yang menuntut ilmu persilatan dari kacamata pandangan saya yang masih kabur-kabur dalam mencari kebenaran ini kerana lewat ketika ini ramai yang telah tersalah anggap dan tersalah guna ilmu-ilmu yang sebenarnya amat memberi manfaat ini.
Bila disebut tentang SILAT atau PERGURUAN SILAT secara umumnya merujuk kepada seni mempertahankan diri secara fizikal.Saya ulangi, ini pandangan secara UMUM.Ramai yang sedia maklum terdapat banyak pertubuhan seni silat yg terdapat di dalam negara kita saja, belum dihitung yang terdapat di atas muka bumi ini.Tapi tidak semua orang memahami intipati sebenar matlamat dan tujuan ilmu persilatan yang sejati itu dituntut dan diamalkan.
Bagi sesetengah pesilat, tujuan mereka mempelajari ilmu ini adalah untuk memperkasakan diri dan mempertahankan diri, harta benda dan insan-insan tersayang.Tak kurang juga (maafkan saya jika tersilap) yang mempelajari ilmu ini untuk kelihatan gah dan perkasa di depan mata khalayak ramai.Dan banyak yang mendabik dada dan akhirnya berakhir sebagai samseng-samseng jalanan yang kononnya tak hangus dibakar dan tak empuk direbus.Persoalannya, adakah benar tujuan ilmu ini dipelajari adalah untuk memperkasakan fizikal kita dan menyelamatkan diri kita di atas dunia ini sahaja?
Jawapannya TIDAK!
Ilmu persilatan yang sejati sebenarnya dapat mendekatkan diri kita kepada Allah yang Maha Pencipta, dan menyelamatkan kita dari kesusahan dan malapetaka di dunia dan akhirat.Kebelakangan ini ramai yang suka berpandukan kepada hadis-hadis akhir zaman namun tersalah tafsir maksud sebenar hadis-hadis tersebut.Contohnya hadis yang menyebut para pejuang tentera Imam Mahadi itu hatinya keras umpama besi waja, dan pakaian mereka serupa seolah-olah mereka dari ibu yang sama.Memang secara tersuratnya BAJU yang sama itu boleh saja merujuk kepada pakaian-pakaian seragam pesilat kerana semua sedia maklum setiap perguruan ada seragam masing-masing.Namun jika kita teliti kebanyakkan hadis Rasulullah terutama berkenaan akhir zaman yang penuh dengan rahsia didalam rahsia lebih membawa maksud yang tersirat.Pada pandangan saya yang masih kabur ini, ayat 'pakaian yang sama' itu mungkin saja merujuk kepada 'Pakaian Jiwa/Rohaniah' dan bukan pakaian yang dipakai oleh tubuh fizikal kita.Mana mungkin Yahudi laknatullah tidak perasan jika pakaian fizikal yang dimaksudkan.Sudah pasti seorang demi seorang tentera-tentera Allah ini diburu sedari awal lagi.Namun kehendak dan rahsia Allah tiada yang dapat mengatasinya.
Lagipun adakah memadai untuk handal berpencak melawan musuh jika tanpa taqwa dan peringkat rohaniah yang tinggi disisi Allah?Adakah kita fikir yahudi laknatullah gentar dengan ilmu kependekaran kita semata-mata?Jawapannya anda semua sedia maklum.Tidak sama sekali!Saya tidak pula mengatakan bahawa tidak bagus menuntut ilmu-ilmu kependekaran ini.Jawapannya juga tidak!Yang saya maksudkan disini adalah kita gunakan ilmu yang dicurahkan oleh para guru-guru kita dijalan yang benar, semoga dengan rahmat dan belas dari Nya kita akan dibukakan hijab untuk lebih dekat dan lebih mengenali siapa sang pencipta.Ilmu yang baik adalah ilmu yang membawa kita ke arah kebenaran dan lebih dekat kepada Allah, dan ilmu dan amalan yang tidak terputus wasilahnya.
Jangan sesekali berguru untuk menjadi gagah dan hebat di mata manusia semata-mata, namun pandangan Allah langsung tidak memandang ilmu kita yang maha cetek itu.Yakinlah bahawa semua ilmu itu dari Allah, terpulang kepada nawaitu kita sendiri, jika kejahatan yang kita cari maka kegelapanlah yang akan menutupi diri dan jiwa kita.Carilah ilmu yang dapat memandu kita dan orang-orang sekeliling ke jalan yang benar dan diredhai Allah S.W.T.
Sesungguhnya orang yang Alim itu dapat menyelamatkan diri didunia dan akhirat tetapi yang Arif dapat menyelamatkan diri bahkan orang-orang sekelilingnya.Wallahualam.

No comments:

Post a Comment