Tuesday, September 28, 2010

Racun Rumpai Cap Melayu



Assalamualaikum..


Hari dah pun berganjak ke Selasa 28/09/2010, masa kian jauh meninggalkan kita yg masih terpinga-pinga.Ada Secebis kisah menarik untuk dikongsikan disini.Semalam, seorang wanita melayu telah pergi ke kedai dobi (tentunya untuk mengutip pakaian yang ditinggalkannya) di sebuah bandar terkemuka di Malaysia tanahair kita yang tercinta ini.Bila sampai di situ, saat wanita ini tadi hendak meletakkan keretanya ada sebuah kereta kelihatan ter'lepak' disitu, yg mana dengan kata lain telah lebih dahulu menduduki tar itu.Kereta itu kepunyaan seorang pemuda bangsa melayu juga, namun mungkin berkiblatkan Hong Kong, atau mungkin Jepun, dengan rambut yang terpacak-pacak umpama bulu beruk, tona warna nya dah lebih kurang sama dengan warna asal bulu beruk itu sendiri.Dengan airmuka nya, kalau dia kita letakkan di barisan hadapan, pasti berundur semua tentera-tentera musuh kita saat peperangan akhir zaman nanti.
Si pemuda ini tadi dengan sungguh bersopan santun meludah kereta wanita tadi.Kemudian apabila wanita itu memandang dirinya, sang pemuda lantas melemparkan kata-kata kesat kepada wanita yang lemah dan tidak bersalah langsung, malah tak pernah wanita itu memohon untuk bertemu muka dengan dirinya yang tak ubah seperti (censored) itu.Wanita itu dengan penuh rasa takut, masuk kedalam perut kereta lantas menghidupkan enjin 1.3 DVVT nya dan memandu sepantas mungkin untuk pulang kerumah.Tetapi kemudian wanita itu baru sedar bahawa sang pemuda itu dan konco-konconya mengekori perjalanan mereka,.Sepanjang perjalanan itu berbagai-bagai aksi lah agaknya dapat kita saksikan, mungkin sang pemuda berasa dirinya amatlah tampan ketika itu mendajalkan wanita yang lemah ini sehingga ketakutan.Mungkin aksi bumper to bumper, mungkin sang pemuda mengangkat lampu tinggi (high beam) dengan nawaitu untuk mengertak hati wanita melayu tadi.
Setibanya di kawasan rumah, sebaik sahaja turun dari kereta sang pemuda menyerbu wanita itu dan memegang tangannya, sambil mengugut untuk mencekik wanita melayu itu tadi, atas alasan wanita itu memandang dirinya dengan pandangan tak puas hati ketika dia meludah kereta wanita itu (memang la, ko ludah kereta orang, sape tak marah?)..
Nasib baik wanita tadi menghubungi kawan-kawan lelakinya, dan mereka tiba di tempat peristiwa agak kena pada masanya.Kalau tidak, apa nasib wanita tadi?Cerita tak habis disini, setelah melihat wanita tadi dibantu oleh rakan-rakan lelakinya, apa lagi sang arjuna mula la naik gila, menunjukkan kemegahannya, berlakulah aksi tolak menolak, tepuk menepuk, tampar menampar, dan apa-apa lagi (saya tiada di tempat kejadian jadi kurang jelas, harap maaf ya)..
Perlawanan yang tak formal itu berterusan sehingga mengundang penduduk berdekatan untuk meleraikan perkelahian sesama sendiri yang boleh lah agaknya disifatkan bodoh piang itu.Bila keadaan kembali reda, sang pemuda samseng tadi memberi amaran kepada wanita itu bahawa dia akan mengecam kereta wanita itu dan akan menjejakinya..
Ini adegan biasa dalam hidup kita seharian, namun kalau kita renungkan dalam-dalam, kita cari mana puncanya, kita akan tahu yang anak-anak muda kita telah pun jauh lemas dalam arus dunia yang moden dan tanpa sempadan.Kepada siapa harus kita tudingkan jari ini?Kepada sang pemuda kah?Atau ada sang-sang lain lagi yang menjadi pemimpin kepada pemuda ini tadi?Sewajarnya pemuda ini tadi diterapkan dengan nilai-nilai kemanusiaan dan ihsan yang tinggi, semangat juangnya yang berkobar-kobar itu nyata sekali salah tempat dan ketika.Alangkah untungnya Islam memiliki barisan pejuang yang berani mati, seperti pemuda itu tadi, namun apabila syahadah yang diperjuangkan, sanggupkah nyawa jadi taruhan?Sekadar renungan bersama.Wallahualam.






                                                   Mungkin inilah kiblat sang pemuda tadi?





No comments:

Post a Comment