Thursday, November 11, 2010

Hukum Simpan Misai?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kali ini kita berbicara tentang satu topik yang menjadi kemusykilan dan tanda tanya dikalangan umat Islam umumnya dan Melayu khususnya iaitu seperti tajuk di atas.Izinkan saya berbicara secara tidak formal disini supaya lebih mudah dan jelas perkongsian pendapat ini, dan maksud saya tercapai.Setahu saya, hukum menyimpan misai adalah harus tetapi sunat didandankan sehingga nampak kulit bibir dalam masa 40 hari.Ini adalah kerana sabit dari dalil-dalil hadis Rasulullah S.A.W. seperti yang dibawah:


“Dari Nafi’ dari Ibnu Umar ra. berkata: Telah bersabda Rasulullah
Shallalahu ‘alaihi wassalam : ” Bezakanlah kalian dengan orang-orang
musyrik, iaitu banyakkanlah janggutmu dan nipiskanlah kumis atau misaimu”.


Diriwayatkan pula oleh keduanya, dari Abdullah bin Umar R.A :"Nipiskanlah
kumis kalian dan biarkan janggut kalian tumbuh”, dalam suatu riwayat
lain: Cukurlah kumis kalian dan biarkan tumbuh janggut kalian".



Adapun perintah untuk menyelisihi orang-orang musyrik, sebagaimana
dijelaskan oleh hadits dari Abi Hurairah ra:
“Sesungguhnya orang musyrik itu mereka membiarkan kumis tumbuh dan
mencukur janggut mereka. Maka bezakanlah dengan mereka, iaitu
biarkanlah janggut kalian tumbuh dan cukurlah kumis kalian”.




Dari Abu Hurairah juga diriwayatkan oleh Muslim: Rasulullah S.A.W bersabda: “Bezakanlah kalian dengan orang-orang majusi, karena sesungguhnya mereka memendekkan janggut dan memanjangkan kumisnya”.
Ibnu Hibban meriwayatkan dari Ibnu Umar ra , dia berkata :
“Rasulullah shallalahu ‘alaihi wassalam telah menyebutkan tentang orang-
orang majusi. Beliau bersabda: ‘Sesungguhnya mereka memanjangkan kumis
dan mencukur janggut, maka bezakanlah kalian dengan mereka”. Lalu
beliau menampakkan pemotongan kumisnya kepadaku (Ibnu Umar).
Dari Abi Hurairah ra berkata: Telah bersabda Rasulullah
shallalahu ‘alaihi wassalam : Termasuk fitrah islam, memotong kumis dan
membiarkan janggut tumbuh. Sesungguhnya orang-orang majusi membiarkan
kumisnya dan mencukur janggutnya. Maka bezakanlah dengan mereka, iaitu
nipiskan kumis kalian dan biarkan tumbuh jenggot kalian”.
Di dalam shohih Muslim dari Ibnu Umar ra dari Nabi Shallalahu ‘alaihi
wassalam :
“Kami diperintah untuk menipiskan kumis dan membiarkan tumbuh janggut”.
Diriwayatkan pula oleh Muslim dari Abi Hurairah, bersabda Rasullulah S.A.W. : “Potonglah kumis kalian dan panjangkanlah/biarkanlah janggut kalian”.

Jadi secara jelasnya dapat kita perhatikan disini menyimpan misai (kumis) tidaklah bertentangan dari segi syarak kerana sesungguhnya ianya adalah sebahagian dari tubuh kita yang dicipta oleh Allah Azza Wajalla.Namun ditegaskan berkali-kali oleh junjungan mulia kita Nabi Muhammad S.A.W. dalam hadis-hadis sahih yang diriwayatkan oleh para sahabat, bahawa ada syarat atau panduan yang dapat kita ikuti.Bukankah kita disarankan supaya mengikut perbuatan dan cara hidup Rasulullah kerana baginda adalah sebaik-baik ikutan?Tepuk dada tanya iman.Wallahualam.





No comments:

Post a Comment