Thursday, November 11, 2010

Sahabat yang setia: Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq







Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Dalam pertemuan pada kali ini kita akan menyingkap serba sedikit tentang kisah hidup sahabat dan tulang belakang kepada perjuangan Rasulullah S.A.W.


Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq, Salah seorang Khalifah Islam Terkemuka dan pahlawan Islam yang gagah di medan juang. Di sebalik kekentalan hati kecekalannya dalam melaksanakan Syariat Allah di muka bumi ini tersirat hati yang amat halus dan indah, umpama permata yang bersilau memancarkan cahaya yang menerangi kegelapan. Beliau adalah antara sahabat paling setia pada Rasulullah S.A.W.Persahabatan nabi s.a.w dengan Sayyidina Abu Bakar hanya berlaku beberapa tahun sebelum Muhammad s.a.w dilantik menjadi rasulallah .Tidak dapat dipastikan adakah nabi s.a.w semasa remajanya pun bersahabat dengan Sayyidina Abu Bakar .


Antara keistimewaan yang membuktikan beliau antara insan pilihan Allah:


1). Sayyidina Abu Bakar adalah seorang ahli perniagaan yg berjaya lagi berbakat .Dikatakan pada satu-satu ketika modal pusingan untuk perniagaannya mencapai 40,000 dinar emas. Ia adalah satu jumlah yg besar .(tambahan kalau convert kepada Ringgit Malaysia)


2). Semasa zaman jahiliah lagi Sayyidina Abu Bakar dipelihara oleh Allah s.w.t ,beliau tidak pernah berzina semasa kaumnya biasa melakukannya , beliau tidak pernah berjudi semasa kaumnya menjadikan aktiviti itu sebagai suatu rutin harian yg wajib , beliau juga tidak pernah meminum arak semasa kaumnya mejadikan arak itu seperti air zam-zam .


Bagaimanakah Sayyidina Abu Bakar memeluk Islam ? Kisahnya bermula ketika tersebarnya berita bahawa nabi s.a.w memanggil ahli keluargannya untuk berhimpun di rumahnya .tujuan perhimpuanan itu adalah untuk mengajak ahli keluargannya beriman kepada Allah s.w.t dan rasulnya. Objektif majlis itu tidak menjadi ,maka selepas itu tersebarlah di seluruh Kota Mekkah bahawa Muhammad s.a.w , membawa ajaran baru dan berita itu sampai ke pengetahuan Sayyidina Abu Bakar .Sayyidina Abu Bakar yg baru sahaja mendengar cerita itu , lalu bergegas mencari sahabatnya itu .Pada masa yg sama juga setelah objektif majlis keluarga itu gagal di capai .Nabi s.a.w pun keluar mencari sahabatnya iaitu Sayyidina Abu Bakar sehinggalah mereka berdua dipertemukan oleh Allah di suatu tempat . Sebelum sempat nabi s.a.w berkata ,Sayyidina Abu Bakar memulakan bicara.


Sayyidina Abu Bakar : Wahai Abi Qosim , Aku tidak melihat engkau dalam majlis kaummu ,mereka menuduh engkau telah mengejek-ejek ibu bapa mereka .


Nabi s.a.w : Wahai Abu Bakar ! sesungguhnya Allah telah mengutuskan aku dan aku ajak engkau masuk ke dlm Islam . Kemudian Nabi s.a.w pun membacakan beberapa potong ayat Al Quran . Sayyidina Abu bakar mendengar dengan teliti ayat-ayat Al Quran yg di baca oleh nabi s.a.w ,Ayat -ayat itu sangat berkesan sehingga masuk ke dlm jiwa Abu Bakar . Sesungguhnya ia sangat berlainan dengan syair-syair ciptaan manusia


Setelah itu Sayyidina Abu bakar pun memeluk Islam tanpa ada penangguhan dan perasan ragu -ragu. Bagaimana Sayyidina Abu Bakar sangat yakin dengan seruan Nabi Muhammad itu ? Padahal sesiapa pun yg di seru oleh nabi s.a.w memeluk Islam akan memaklum kan penangguhan ,tetapi tidak bagi Sayyidina Abu Bakar ,beliau terus sahaja memeluk Islam .

Sayyidina Abu Bakar adalah sahabat nabi yg sangat kental dan sangat mengetahui peribadi nabi s.a.w . Sepanjang Sayyidina Abu Bakar berkawan dengan Nabi s.a.w ,beliau tidak pernah mendengar nabi s.a.w berdusta . Nabi sangat amanah dan janjinya amat ditepati .Maka tentang Muhammad s.a.w mendakwa dirinya Rasulallah juga adalah benar dan tidak dusta .



Rasulallah s.a.w pernah memuji Sayyidina Abu Bakar seperti sabdanya ,

" Sesiapa sahaja yg aku ajak memeluk Islam pasti baginya pada mulanya menolak ( meminta penangguhan masa ) kerana ragu-ragu ,kecuali Abu Bakar .Abu Bakar tidak pernah menolak apa saja yg aku sampaikan kepadanya ,dan tidak pernah ragu-ragu ,terus sahaja menerimanya . "


Sabda nabi s.a.w pada maksud hadis yg lain ,

" Ketika aku mengajak ke dalam Islam semua orang ragu-ragu kecuali Abu Bakar "



Setelah Sayyidina Abu Bakar memeluk Islam , beliau tidak duduk diam seperti hari-hari biasanya . Menurut riwayat setelah beliau menerima Islam maka Sayyidina Abu bakar bertanya kepada Rasulallah s.a.w " Apakah kerjaku ? " Maka jawab Baginda " Kerjaku kerja engkau jua .. .Sayyidina Abu Bakar berusaha berdakwah kepada kenalannya yg kebanyakkan mereka ialah ahli perniagaan. Di antaranya ialah Sayyidina Uthman bin Affan seorang pemuda yg kacak dari suku Bani Ummayyah .Sayyidina Zubair bin Awwam , yg merupakan anak saudara Saydatina Khadijah sendiri ,Sayyidina Abdul Rahman bin Auf ipar kepada Sayyidina Uthman bin Affan dan Sayyidina Saad bin Abi Waqos merupakan saudara nabi dari sebelah bondanya.


Ke 5-5 tokoh Quraisy ini adalah kenalan yg amat rapat dengan Sayyidina Abu Bakar dan tokoh yg paling terkemuka di kalangan orang Quraisy

Selain drp itu terdapat pula beberapa tokoh Quraisy yg memeluk Islam .Mereka itu ialah Abu Ubaidillah bin Jarrah yg nama sebenarnya Amir . Said bin Zaid anak kepada Zaid bin Amru bin Naufal bin Abdul Uzza bin Rabbah bin Abdulah Bin Qirat bin Raiyah bin Murrah dan isterinya Fatimah bin Khattab ,adik kepada Sayyidina Umar bin Al Khattab .

Arqom bin Abi Arqom ,Uthman bin Makhzum ,dan kedua saudaranya Qudamah dan Abdullah bin Madzun. Ubaidillah bin Al Harith bin Abdul Mutalib , sepupu nabi , Abu Salamah bin Abu Abdul Asad bin Al Mughairah Al Makhzumi , saudara sepupu nabi , dan juga sepupu nabi , dari pihak ibu saudara baginda yg bernama Birrah binti Abdul Mutalib , Asma' dan Aishah kedua-duanya anak Abu Bakar ,Khabbab bin A'rat dan lain-lain .


Sesungguhnya terlalu ramai manusia yg masuk Islam ditangan Sayyidina Abu Bakar . Maka Abu Bakar diiktiraf sebagai orang yg mempunyai Iman yg paling berat di dunia seperti sabda Rasulallah s.a.w bermaksud

" sekiranya ditimbang iman Abu Bakar ,maka berat lagi iman Abu Bakar berbanding iman penduduk dunia "



Marilah kita singkap sedikit kisah tokoh-tokoh Quraisy yg masuk Islam atas tangan Sayyidina Abu Bakar

Sayyidina Uthman bin Affan

  • Beliau berumur 35 tahun ketika masuk Islam .Beliau berasal dari Bani Umayyah . Pada zaman jahiliah Bani Umayyah amat memusuhi Bani Hasyim . Walaubagaimanapun Sayyidina Uthman meninggalkan perbuatan bodoh ini .Satu perbuatan yg amat merugikan kedua-dua belah pihak . Beliau bersahabat baik dengan Sayyidina Abu Bakar dalam hal-hal perniagaan . Beliau terus sahaja memeluk Islam apabila dipelawa oleh Sayyidina Abu Bakar.
Sayyidina Zubair bin Al Awwam 

  • Beliau adalah anak kepada saudara Saydatina Khadijah bt Kuwailid . iaitu Al Awwam bin Khuwailid . Ketika dipelawa memeluk Islam oleh Sayyidina Abu Bakar ,beliau berumur 8 tahun ! . Persoalannya bagaimana seorang kanak-kanak sering bergaul dengan orang dewasa seperti Sayyidina Abu Bakar . Sebenarnya tidak menjadi masalah , sekirannya jiwa keduanya sudah serasi maka boleh saja kanak-kanak bergaul dengan orang dewasa. Beliau juga adalah orang yg pertama menghunus pedang apabila mendengar khabar angin bahawa Rasulallah di bunuh oleh musyrikin .
Abdul Rahman bin Al Auf

  • Apabila Sayyidina Abu Bakar mempelawa beliau memeluk Islam ketika itu beliau telah berumur 30 tahun .Beliau sangat mahir berniaga . Ibunya sangat marah apabila mengetahui pengislamannya sehingga berkata
" Demi Allah ! Aku tidak akan bernaung di bawah bayangan atap di musim panas ataupun dingin ,maka haram semua jenis makanan terhadap diriku sehingga engkau kafir terhadap Muhammad "

  • Apabila Syifa ibu Sayyidina Abdul Rahman melihat keteguhan iman Sayyidina Abdul Rahman ,maka beliau menarik balik sumpahnya . Manusia biasa sudah tentu tidak dapat menahan panahan cahaya matahari yg terik dan dinginnya musim sejuk itu tambahan pula , sekiranya suasana itu dilalui dengan perut yg kosong.
  • Beliau terkenal di Kota Mekkah sebagai ahli perniagaan yg berjaya dan mempunyai aset yg banyak .
  • Beliau juga merupakan ipar kepada Sayyidina Uthman bin Affan , ini kerana beliau berkahwin dengan Ummu Khaltum binti Uqbah bin Abu Muaith ,saudara Sayyidina Uthman dari sebelah ibunya.
  • Semasa peperintahan Khalifah Sayyidina Umar Al Khattab .Abdul Rahman adalah termasuk ahli Majlis Syura . Ketika Sayyidina Umar hampir wafat kerana di tikam dengan seorang Majusi yg bernama Abu Lo' Lo' yg berbangsa Parsi @Iran ( Abu Lo' Lo' menjadi pujaan kaum Syiah ..sila lihat klip video di bawah ini ),Beliau dilantik menjadi pengerusi Majlis Syura yg bertanggung jawab mencari pengganti Khalifah Sayyidina Umar Al Khattab .
  • Sayyidina Abdul Rahman meninggal ketika pemerintahan Sayyidina Uthman bin Affan .
Begitulah serba sedikit mengenai kisah hidup Sayyidina Abu Bakar As Siddiq sahabat nabi yang paling utama di dalam perjuangan menegakkan Islam.Semoga dapat kita jadikan teladan dan ikutan untuk kita dalam menempuh hari-hari yang mendatang.Wallahualam.

Terima Kasih Yang tidak terhingga kepada saudara penulis blog Tanya-ustaz.blogspot.com atas perkongsian ilmu.Semoga Allah merahmati usaha dan niat kita.Insyaallah

No comments:

Post a Comment