Saturday, August 28, 2010

Jenis-jenis wahyu yg diturunkan kepada Rasulullah S.A.W

   
   Berikut adalah bentuk-bentuk /jenis-jenis wahyu yg diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
1.  Wahyu dlm bentuk mimpi yg baik seperti bermimpi melihat perkara-perkara yg baik ,cthnya mimpi Nabi s.a.w sebelum menerima wahyu yg pertama.   

2. Wahyu dlm bentuk ilmu yg tiba-tiba wujud dlm hati Rasulullah s.a.w .Wahyu itu seperti dicampakkan oleh Allah s.w.t terus ke hati baginda lalu baginda pun membaca wahyu tersebut.

3.  Wahyu dlm bentuk Nabi s.a.w di datangi oleh seseorang lelaki yg kacak .Malaikat Jibril a.s meminjam muka salah seorang sahabat nabi s.a.w dlm hal ini .cth pada suatu hari Jibril a.s datang dan meminjam muka sahabat nabi yg bernama Dihyah Al Kalbi dan membacakan wahyu kepada baginda s.a.w. Para sahabat pada ketika itu merasa hairan bagaimanakah Dihyah seperti berlagak seperti guru dan mengajar rasulallah s.a.w akan sesuatu perkara yg baru. Tidakkah Dihyah ini seorang jahiliyah yg baru saja memeluk Islam?. Setelah nabi menjelaskan ,barulah para sahabat mengetahui bahawa yg datang ialah malaikat Jibril a.s ,bukan Dihyah seperti yg disangkakan.

4.  Bentuk wahyu yg seterusnya adalah seperti bunyi loceng . Bagaimana bunyi loceng yg dimaksudkan itu ,kita hanya menyerahkan perkara ini kepada Rasul dan Allah ,kerana Rasul dan Allah sahaja yg mengetahui hakikat bunyi loceng itu . Mengikut nabi s.a.w wahyu jenis ini adalah jenis wahyu yg paling berat sekali . Muka Nabi s.a.w akan kemerah-merahan dan berpeluh walaupun dlm musim dingin. Pada suatu hari ketika nabi s.a.w mengenderai unta ,lalu turunlah wahyu jenis ini sehingga unta yg di tunggangi oleh baginda jatuh terduduk. Sayyidina Zaid bin Thabit pernah merasai pengalaman turunya wahyu jenis ini .Ketika itu Rasulullah dikelilingi oleh para sahabatnya di sebuah rumah ,mereka terlalu ramai sehingga bersesak-sesak sehingga rasulallah sendiri terpaksa duduk di atas peha Zaid . Lalu turunlah wahyu , Zaid pada ketika itu merasai beratnya wahyu tersebut sehingga merasakan bahawa kakinya itu hancur dan patah . Beliau melihat Rasulullah berpeluh-peluh seperti seseorang yg diserang demam yg kuat. Apabila wajah Rasulullah s.a.w tenang kembali ,nabi memerintahkan Zaid menulis wahyu tersebut. Zaid adalah setiausaha wahyu Rasulullah.

5.  Wahyu dalam bentuk bunyi lebah ,wahyu jenis ini tidaklah seberat wahyu jenis bunyi loceng, wahyu jenis ini berdengung apabila diturunkan kepada nabi . walaubagaimanapun hanya nabi sahaja yg mendengar bunyi wahyu tersebut .

6.  Wahyu yg seterusnya ini Malaikat Jibril a.s datang menemui Nabi s.a.w dalam bentuk asli. Diceritakan di dlm sebuah hadis rupa Jibril a.s ialah bercahaya-cahaya dan mempunyai 600 sayap . Jibril a.s terbang dari sisi Allah s.w.t kepada nabi s.a.w untuk menyampaikan wahyu dlm satu hari sahaja dengan menggunakan 2 pasang sayap . Kelajuannya mengatasi kelajuan cahaya berganda-ganda . Baki sayap sebanyak 598 lagi hanya dibuka ketika tibanya lailatul Qadar.

    Wallahualam.


(Sumber rujukan dipetik dari http://tanya-ustaz.blogspot.com )


Friday, August 27, 2010

Lady Gaga-Lady Illuminatis?





Assalamualaikum.Baru-baru ini dunia diledakkan dengan kemunculan artis yg sedang meningkat naik masa kini-Lady Gaga.Dimerata dunia, memuja Lady Gaga dan lagu-lagunya yang 'catchy'.Tak terkecuali umat Islam di Malaysia.Rasanya ramai juga yg telah tahu banyak diantara artis dan bintang terkenal hollywood menjadi boneka kepada ILLIMUNATI.Dan Lady Gaga antara salah seorang antara mereka.Dalam video clip terbarunya ALEJANDRO, Lady Gaga makin lantang menyerlahkan sifat keILLIMUNATIannya.Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah seorang lelaki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.


         "I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."


Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa biasa tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).Sila cari dalam google untuk maklumat lanjut.


But I just can't be with you like this anymore, Alejandro.Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?


Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.
Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.



Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih.Okay jadi boleh nampak kan .Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop, please, just let me go, Alejandro".Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.




"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."
Maksud lirik ni-A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan.

                                                               (Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?
Saya kata paderi syaitan sebab tengok je lah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..


Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..

Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.
Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)
 Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.







Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..















I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktu menyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..












Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
" Don't call my name, Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "


Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control.Oleh siapa?Mari kita renungkan bersama dan cai jawapannya..


Seperti yg kita ketahui gerakan ILLIMUNATI ini juga sangat anti kepada Islam.Jadi selepas menghina agama kristian dalam video clip ini apa pula seterusnya?Mungkin di lain masa Lady Gaga dan dalang-dalangnya akan menyerang agama Islam pula dengan lirik dan video clip seksinya.Nauzubillah.Diharap dapat membaca artikel ini dengan minda terbuka, tepuk dada tanya iman.

Wallahualam

(Sumber dipetik daripada 
vigilantcitizen.com dan dari seorang saudara di dalam portal facebook yg tidak diketahui namanya.terima kasih diatas perkongsian ilmu ini.Semoga sama-sama beroleh keberkatan dan manfaat dari Allah S.W.T.Insyaallah) 

Wednesday, August 25, 2010

Merdeka!!

                        Inikah caranya menghargai jasa para pejuang?

Merdeka!Apa itu merdeka?Secara ringkasnya, 'bebas'.Bebas dari penjajahan kuasa asing.Kebiasaannya hari keramat ini disambut pada tanggal 31hb Ogos setiap tahun sejak tertubuhnya kerajaan Malaysia.Setiap tahun hari ini akan dimeriahkan dengan perbagai hiburan dan persembahan, letupan bunga2 api, perarakan2 oleh kakitangan kerajaan dan NGO.
Pernahkah kita terfikir sejenak atau sepintas lalu, betapa sukarnya para pejuang tanahair satu ketika dulu dalam perjuangan menentang penjajahan?Bermula dari zaman penjajahan Melaka oleh Portugis hinggalah zaman Jepun dan Inggeris.Pahlawan2 seperti Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Janggut, Leftenan Adnan Saidi, para pejuang Bukit Kepong (1950), dan kemudian berganjak ke era Inggeris dimana kita ada Dato Onn, dan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj beserta dengan pejuang2 lain sezaman dengan mereka.Mereka ini menumpahkan keringat, airmata dan darah untuk memastikan bangsa melayu dan agama Islam menerima hak yg kita perolehi dan kecapi pada hari ini.
Renungkan jauh ke lubuk hati..Apa natijahnya kita berhibur sampai diluar batasan pada tarikh yg KONONNYA keramat sangat bg kita terutama yg bangsa Melayu?Kalau kita menghormati tarikh yg penuh bersejarah itu, dan jika benar kita berterima kasih dan terharu diatas perjuangan para pejuang yg bertaruh nyawa mempertahankan kedaulatan negara kita, bukankah lebih afdal sekiranya kita mengisi detik itu dengan menganjurkan majlis2 ilmu dan zikir, paling kurang, setidak-tidak nya kita hadiahkan Surah Yassin dan Al Fatihah kepada mereka yg telah pergi.
Itu sahaja cara terbaik sebagai tanda kita MASIH mengenang jasa dan pengorbanan yg dicurahkan oleh para pejuang yg terdahulu.Mudah-mudahan doa dan sedekah yg ikhlas dari kita dapat juga memberi SESUATU kepada mereka yg telah pergi.Daripada kita berhibur, berjoget-joget di dataran merdeka atau putrajaya, atau dimana-mana sahaja tempat sambutan kemerdekaan.Ingat, kita yg bertanggungjawab membentuk akhlak generasi muda akan datang.Merdeka!


Wallahualam

Keistimewaan Manusia Sebagai Khalifah Di muka Bumi



Assalamualaikum.Selamat bersahur.Sementara menanti masuk waktu Subuh, aku meluangkan masa menulis sedikit perkongsian ilmu disini. Apakah yang menjadikan manusia istimewa dari segala makhluk sehingga manusia diangkat menjadi khalifah di muka bumi?


''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui''(Al-Baqarah:30) 


Aku pernah terbaca satu artikel tentang kejadian manusia pada pandangan kaca mata sains yg membuatkan aku cukup tertarik.Ok , kita semua tahu setiap makhluk itu adalah berjisim sama ada halus atau kasar. Dan setiap makhluk terdiri dari unsur-unsur tertentu. Bahkan alam ini diciptakan melalui pengumpulan unsur-unsur tertentu yg sebagaiman kita ketahui terdiri dari 114 unsur kesemuanya. Kesemua unsur ini ada dalam tubuh manusia. Kalsium? Ada pada tulang. Phosporus, Nitrogen, Besi, Kumprum, Zink , Nitrogen? Semuanya ada dalam tubuh manusia. Sebab itu, Allah mengatakan bahawa manusia adalah sebaik-baik ciptaan. Sebab semua yang ada dalam alam ini, ada pada tubuh manusia.
Bagaimana dengan teori Darwin yg mengatakan manusia berasal dari keturunan monyet?Jawapan aku, mungkin Darwin sahaja yg berasal dari monyet atau setidaknya dia seorang yg cacat (tidak cukup unsur dalam badan) atau dia seorang yg fanatik terhadap monyet hahaha.Kalau Darwin masih ada mesti dia akan melanggan astro dan menghabiskan masa menonton Discovery Channel.Mana mungkin manusia equal to monyet??Sedangkan para saintis barat sendiri menafikan teori songsang ini, seperti yg diketahui monyet cuma mempunyai 67 unsur dalam badannya, jadi dari mana datangnya lagi 47 unsur?Sungguh Darwin dan sekutu2 nya adalah orang yg terabai dari rahmat Allah dan dalam kesesatan yg amatlah nyata.
Apa agungnya manusia dibandingkan dengan makhluk lain seperti jin dan malaikat?Kita tahu mereka masing-masing mempunyai hanya satu unsur yakni jin daripada api dan malaikat daripada cahaya (nur).Jika kita ketahui dan teliti sejenak, berapa agaknya bilangan Surah dalam Al-Quran yg diturunkan kepada kita sebagai kita suci dan sumber rujukan?Ya, 114 Surah kesemuanya.Bukankah jumlah Surah dalam Al-Quran sama dengan jumlah unsur dalam badan kita?Apa ironinya persamaan ini?Kita fikirkan sejenak dan sepintas lalu, kenapa Allah mensyariatkan agar kita perlu selalu membaca Al-Quran?Antara hikmahnya adalah dengan membaca Al-Quran secara sedar atau tidak kita mengekalkan unsur di dalam badan kita (recharge).Bukankah di dalam Al-Quran itu terkandung pelbagai penawar?





"Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Fussilat ayat 44, maksudnya..."
"Katakanlah (wahai Muhammad) al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan kegelapan yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)."


"Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Nahl ayat 89, maksudnya..."
"...dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita mengembirakan, bagi orang Islam"



"Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Mai'dah ayat 5-16, maksudnya..."
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) daripada Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas dan nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaan-Nya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (keimanan) yang terang-benderang, dengan izin-Nya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka jalan yang lurus"

Jadi bacalah Al-Quran selalu agar kita dapat mengekalkan unsur-unsur yg terdapat didalam badan kita.Dengan membacanya secara tidak kita sedari kita akan semakin bertambah hebat, tubuh kita akan menjadi stabil baik dari segi emosi, rohani atau jasmani.Renung-renungkan, tepuk dada tanya iman.



Wallahualam.





















Tuesday, August 24, 2010

Saudagar Ramadhan

                      
                     Saudagar Ramadhan


Assalamualaikum. 
Diam x diam dah hampir setengah purnama kita menjalani ibadah puasa. Dan sudah menjadi lumrah, antara perkara yang paling dinantikan oleh KEBANYAKAN manusia ketika berpuasa ialah saat berbuka puasa. Seperti yg kita sedia maklum, bulan Ramadhan adalah bulan seribu keberkatan dan rahmat. Ia merangkumi semua aspek bukan sahaja dari segi amalan ibadah atau zikrullah semata-mata malahan turut membawa rahmat kepada golongan peniaga (meniaga itu pn adalah satu ibadah jika disempurnakan sebaik mungkin)


Di merata-rata tempat bercambah bazar2 Ramadhan, x ketinggalan juga di Kuantan, tempat aku bermastautin dan mencari rezeki. Satu perkara yg aku paling tidak gemar tentang segelintir peniaga melayu-awal2 selalunya mesti sempurna (baik dari segi harga atau kualiti masakan). Tapi lain pulak ceritanya bila hari berganti hari, contohnya mcm masa skrg ni. Baru-baru ni rasa teringin nak berbuka dgn nasi tomato. So, aku pun pergi la kat satu bazar Ramadhan ni. Sudah la si peniaga ni cuba membuat lawak dgn menyindir pembeli, lepas tu gelak sesama sendiri. Yg disindir x pulak terasa kelucuan si pak pandir tadi. Ok nanti kita cerita pasal Pak Pandir, skrg pasal bazar Ramadhan. Jadi dah beli juadah kat kedai si Pak Pandir tadi, aku pun balik la. waktu berbuka pn dah agak hampir.


Masuk waktu berbuka, setelah menjamah sedikit makanan dan solat fardhu Maghrib, aku pun berniat untuk memuaskan nafsu dengan makan nasi tomato yg aku beli tadi. Tapi malangnya, nasi yang belum pun sampai sejam aku beli tadi dah pun basi. Ini bukan yg terakhir, sebab selepas tu aku beli juadah dekat satu bazar ramadhan lain, pun kena nasib yg sama, sup yg dia jual rasa masam, macam dah expired. Apa yg aku nk sampaikan disini, di kesempatan bulan Ramadhan ni, semua amalan kita (kecuali yg ditegah) mendapat ganjaran dari Allah. Amalan yg sunat mendapat pahala fardhu manakala yg fardhu berlipat kali ganda ganjaran pahala yg diberi. Apa lah kiranya jika sang peniaga yg melafaz syahadah yg sama dgn kita ni, tingkatkan kualiti masakan. Dan kalau boleh kawal sikit harga makanan yg dijual, jgn sampai xlogik dek akal.Orang yg membeli juadah yg kita jual tu, akan makan untuk berbuka puasa. Alangkah mulianya jika kita dpt memberi yg terbaik untuk dinikmati oleh orang yg berpuasa, walaupun kita bukan memberi secara percuma, tapi percayalah semuanya dihitung oleh yg Maha Esa.


Belum ada dalam sejarah dunia ini peniaga yg pemurah, ikhlas, dan rajin bersedekah jatuh muflis! Renungkan sirah nabi dan para sahabat, ketahui bahawa para sahabat merupakan peniaga yg sangat2 berjaya dizaman mereka. dan mereka kerap kali menghabiskan harta kejalan Allah, kejalan Jihad. Contohnya Abdul Rahman bin Auf, sehingga dia digelar Saudagar Allah kerana kepandaian nya meniaga dan kemurahan hatinya bersedekah ke jalan Allah. Pernahkah kita dengar Abdul Rahman bin Auf itu jatuh muflis sebab rajin sgt bersedekah?jawapannya tidak, jadi jgn tipu diri sendiri. :-)


Kesimpulannya, ikhlaskan hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan, kalau meniaga niatkan nak puaskan hati semua pembeli, nak pastikan duit yg mereka belanjakan berbaloi dan setimpal dgn kualiti barangan yg mereka perolehi. Paling penting, niatkan kerana Allah. Dan insyaallah, Allah tidak akan sia-siakan niat baik yg tertanam didalam hati hambaNya.


“Peniaga-peniaga yang jujur dan amanah (akan ditempatkan) beserta dengan para nabi, siddiqin dan para syuhada”(Hadis Riwayat Tirmizi).   


“Sumpah itu melariskan barang dagangan akan tetapi menghapuskan keberkatannya” (Hadis Riwayat Bukhari)


Allah SWT telah berfirman di dalam Surah an-Nisa’, ayat 29 maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu di antara kamu dengan jalan yang salah(tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan (jalan) perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu”.


Wallahualam.







Proses Kematian



                       

                       
                        PROSES KEMATIAN 


Proses Sakaratul Maut

“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kamu tangisi boleh berbicara, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kamu sekelian, nescaya kamu akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kamu sendiri”. (Imam Ghozali mengutip atsar Al-Hasan).



Datangnya Kematian Menurut Al Qur’an :


1. Kematian bersifat memaksa dan siap menghampiri manusia walaupun kita berusaha menghindarkan risiko-risiko kematian.
Katakanlah: “Sekiranya kamu berada di rumahmu, nescaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh”. Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati. (QS Ali Imran, 3:154)

2. Kematian akan mengejar siapapun meskipun ia berlindung di balik benteng yang kokoh atau berlindung di balik teknologi kedoktoran yang canggih serta ratusan doktor terbaik yang ada di muka bumi ini.
Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walau pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: “Ini adalah dari sisi Allah”, dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: “Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)”. Katakanlah: “Semuanya (datang) dari sisi Allah”. Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun? (QS An-Nisa 4:7 8)


3. Kematian akan mengejar siapapun walaupun ia lari menghindar.
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (QS al-Jumu’ah, 62: 8)


4. Kematian datang secara tiba-tiba.
Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (QS, Luqman 31:34)


5. Kematian telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat
Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS, Al-Munafiqun, 63:11)

Dahsyatnya Rasa Sakit Saat Sakaratul Maut

Sabda Rasulullah SAW : “Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang” (HR Tirmidzi)

Sabda Rasulullah SAW : “Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menancap di selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bahagian kain sutera yang tersobek ?” (HR Bukhari)

Atsar (pendapat) para sahabat Rasulullah SAW .

Ka’b al-Ahbar berpendapat : “Sakaratul maut ibarat sebatang pohon berduri yang dimasukkan kedalam perut seseorang. Lalu, seorang lelaki menariknya dengan sekuat-kuatnya sehingga ranting itu pun membawa semua bahagian tubuh yang menyangkut padanya dan meninggalkan yang tersisa”.
Imam Ghozali berpendapat : “Rasa sakit yang dirasakan selama sakaratul maut menghujam jiwa dan menyebar ke seluruh anggota tubuh sehingga bahagian orang yang sedang sakarat merasakan dirinya ditarik-tarik dan dicabut dari setiap urat nadi, urat syaraf, persendian, dari setiap akar rambut dan kulit kepala hingga kaki”.

Imam Ghozali juga mengutip suatu riwayat ketika sekelompok Bani Israil yang sedang melewati sebuah pekuburan berdoa pada Allah SWT agar Ia menghidupkan satu mayat dari pekuburan itu sehingga mereka bisa mengetahui gambaran sakaratul maut. Dengan izin Allah melalui suatu cara tiba-tiba mereka dihadapkan pada seorang lelaki yang muncul dari salah satu kuburan. “Wahai manusia !”, kata lelaki tersebut. “Apa yang kalian kehendaki dariku? Lima puluh tahun yang lalu aku mengalami kematian, namun hingga kini rasa perit bekas sakaratul maut itu belum juga hilang dariku.”

Proses sakaratul maut bisa memakan waktu yang berbeza untuk setiap orang, dan tidak dapat dihitung dalam ukuran detik seperti hitungan waktu dunia ketika kita menyaksikan detik-detik terakhir kematian seseorang. Mustafa Kemal Attaturk, bapak modernisasi (sekularisasi) Turki, yang mengganti Turki dari negara bersyariat Islam menjadi negara sekular, dikhabarkan mengalami proses sakaratul maut selama 6 bulan (walau tampak dunianya hanya beberapa detik), seperti dilaporkan oleh salah satu keturunannya melalui sebuah mimpi.

Rasa sakit sakaratul maut dialami setiap manusia, dengan berbagai macam tingkat rasa sakit, ini tidak terkait dengan tingkat keimanan atau kezaliman seseorang selama ia hidup. Sebuah riwayat bahkan mengatakan bahawa rasa sakit sakaratul maut merupakan suatu proses pengurangan kadar siksaan akhirat kita kelak. Demikianlah rencana Allah. Wallahu a’lam bis shawab.



Sakaratul Maut Orang-orang Zhalim
Imam Ghozali mengutip sebuah riwayat yang menceritakan tentang keinginan Ibrahim as untuk melihat wajah Malaikatul Maut ketika mencabut nyawa orang zhalim. Allah SWT pun memperlihatkan gambaran perupaan Malaikatul Maut sebagai seorang pria besar berkulit legam, rambut berdiri, berbau busuk, memiliki dua mata, satu didepan satu dibelakang, mengenakan pakaian serba hitam, sangat menakutkan, dari mulutnya keluar jilatan api, ketika melihatnya Ibrahim as pun pengsan tak sadarkan diri. Setelah sadar Ibrahim as pun berkata bahawa dengan memandang wajah Malaikatul Maut rasanya sudah cukup bagi seorang pelaku kejahatan untuk menerima ganjaran hukuman kejahatannya, padahal hukuman akhirat Allah jauh lebih dahsyat dari itu.
Kisah ini menggambarkan bahawa melihat wajah Malakatul Maut saja sudah menakutkan apalagi ketika sang Malaikat mulai menyentuh tubuh kita, menarik paksa roh dari tubuh kita, kemudian mulai menghentak-hentak tubuh kita agar roh (yang masih cinta dunia dan enggan meninggalkan dunia) lepas dari tubuh kita ibarat melepas akar serabut-serabut baja yang tertanam sangat dalam di tanah yang terbuat dari timah keras.

Itulah wajah Malaikatul Maut yang akan mendatangi kita kelak dan memisahkan roh dari tubuh kita. Itulah wajah yang seandainya kita melihatnya dalam mimpi sekalipun maka kita tidak akan pernah lagi bisa tertawa dan merasakan kegembiraan sepanjang sisa hidup kita.

Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakratulmaut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): “Keluarkanlah nyawamu”. Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya. (QS Al-An’am 6:93)
(Yaitu) orang-orang yang dimatikan oleh para malaikat dalam keadaan berbuat zalim kepada diri mereka sendiri, lalu mereka menyerah diri (sambil berkata); “Kami sekali-kali tidak mengerjakan sesuatu kejahatan pun”. (Malaikat menjawab): “Ada, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan”. Maka masukilah pintu-pintu neraka Jahanam, kamu kekal di dalamnya. Maka amat buruklah tempat orang-orang yang menyombongkan diri itu. (QS, An-Nahl, 16 : 28-29)
Di akhir sakaratul maut, seorang manusia akan diperlihatkan padanya wajah dua Malaikat Pencatat Amal. Kepada orang zalim, si malaikat akan berkata, “Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baik, engkaulah yang membuat kami terpaksa hadir kami ke tengah-tengah perbuatan kejimu, dan membuat kami hadir menyaksikan perbuatan burukmu, memaksa kami mendengar ucapan-ucapan burukmu. Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baik ! “ Ketika itulah orang yang sakarat itu menatap lesu ke arah kedua malaikat itu.
Ketika sakaratul maut hampir selesai, dimana tenaga mereka telah hilang dan roh mulai merayap keluar dari jasad mereka, maka tibalah saatnya Malaikatul Maut mengkhabarkan padanya rumahnya kelak di akhirat. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tak seorangpun diantara kalian yang akan meninggalkan dunia ini kecuali telah diberikan tempat kembalinya dan diperlihatkan padanya tempatnya di syurga atau di neraka”.
Dan inilah ucapan malaikat ketika menunjukkan rumah akhirat seorang zalim di neraka, “Wahai musuh Allah, itulah rumahmu kelak, bersiaplah engkau merasakan siksa neraka”. Naudzu bila min dzalik! 



Sakaratul Maut Orang-orang Yang Bertaqwa
Sebaliknya Imam Ghozali mengatakan bahwa orang beriman akan melihat rupa Malaikatul Maut sebagai pemuda tampan, berpakaian indah dan menyebarkan wangi yang sangat harum.
Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa: “Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?” Mereka menjawab: “(Allah telah menurunkan) kebaikan”. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa, (yaitu) syurga Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam surga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa. (yaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): “Assalamu alaikum, masuklah kamu ke dalam syurga itu di
sebabkan apa yang telah kamu kerjakan”. (QS, An-Nahl, 16 : 30-31-32)

Dan saat terakhir sakaratul mautnya, malaikatpun akan menunjukkan syurga yang akan menjadi rumahnya kelak di akhirat, dan berkata padanya, “Bergembiaralah, wahai sahabat Allah, itulah rumahmu kelak, bergembiralah dalam masa-masa menunggumu”. 


'Petikan dari laman Web Ustaz Azhar Idrus, http://ustazazhar.com'