Wednesday, August 25, 2010

Merdeka!!

                        Inikah caranya menghargai jasa para pejuang?

Merdeka!Apa itu merdeka?Secara ringkasnya, 'bebas'.Bebas dari penjajahan kuasa asing.Kebiasaannya hari keramat ini disambut pada tanggal 31hb Ogos setiap tahun sejak tertubuhnya kerajaan Malaysia.Setiap tahun hari ini akan dimeriahkan dengan perbagai hiburan dan persembahan, letupan bunga2 api, perarakan2 oleh kakitangan kerajaan dan NGO.
Pernahkah kita terfikir sejenak atau sepintas lalu, betapa sukarnya para pejuang tanahair satu ketika dulu dalam perjuangan menentang penjajahan?Bermula dari zaman penjajahan Melaka oleh Portugis hinggalah zaman Jepun dan Inggeris.Pahlawan2 seperti Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Janggut, Leftenan Adnan Saidi, para pejuang Bukit Kepong (1950), dan kemudian berganjak ke era Inggeris dimana kita ada Dato Onn, dan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj beserta dengan pejuang2 lain sezaman dengan mereka.Mereka ini menumpahkan keringat, airmata dan darah untuk memastikan bangsa melayu dan agama Islam menerima hak yg kita perolehi dan kecapi pada hari ini.
Renungkan jauh ke lubuk hati..Apa natijahnya kita berhibur sampai diluar batasan pada tarikh yg KONONNYA keramat sangat bg kita terutama yg bangsa Melayu?Kalau kita menghormati tarikh yg penuh bersejarah itu, dan jika benar kita berterima kasih dan terharu diatas perjuangan para pejuang yg bertaruh nyawa mempertahankan kedaulatan negara kita, bukankah lebih afdal sekiranya kita mengisi detik itu dengan menganjurkan majlis2 ilmu dan zikir, paling kurang, setidak-tidak nya kita hadiahkan Surah Yassin dan Al Fatihah kepada mereka yg telah pergi.
Itu sahaja cara terbaik sebagai tanda kita MASIH mengenang jasa dan pengorbanan yg dicurahkan oleh para pejuang yg terdahulu.Mudah-mudahan doa dan sedekah yg ikhlas dari kita dapat juga memberi SESUATU kepada mereka yg telah pergi.Daripada kita berhibur, berjoget-joget di dataran merdeka atau putrajaya, atau dimana-mana sahaja tempat sambutan kemerdekaan.Ingat, kita yg bertanggungjawab membentuk akhlak generasi muda akan datang.Merdeka!


Wallahualam

No comments:

Post a Comment