Tuesday, August 24, 2010
Saudagar Ramadhan
Saudagar Ramadhan
Assalamualaikum.
Diam x diam dah hampir setengah purnama kita menjalani ibadah puasa. Dan sudah menjadi lumrah, antara perkara yang paling dinantikan oleh KEBANYAKAN manusia ketika berpuasa ialah saat berbuka puasa. Seperti yg kita sedia maklum, bulan Ramadhan adalah bulan seribu keberkatan dan rahmat. Ia merangkumi semua aspek bukan sahaja dari segi amalan ibadah atau zikrullah semata-mata malahan turut membawa rahmat kepada golongan peniaga (meniaga itu pn adalah satu ibadah jika disempurnakan sebaik mungkin)
Di merata-rata tempat bercambah bazar2 Ramadhan, x ketinggalan juga di Kuantan, tempat aku bermastautin dan mencari rezeki. Satu perkara yg aku paling tidak gemar tentang segelintir peniaga melayu-awal2 selalunya mesti sempurna (baik dari segi harga atau kualiti masakan). Tapi lain pulak ceritanya bila hari berganti hari, contohnya mcm masa skrg ni. Baru-baru ni rasa teringin nak berbuka dgn nasi tomato. So, aku pun pergi la kat satu bazar Ramadhan ni. Sudah la si peniaga ni cuba membuat lawak dgn menyindir pembeli, lepas tu gelak sesama sendiri. Yg disindir x pulak terasa kelucuan si pak pandir tadi. Ok nanti kita cerita pasal Pak Pandir, skrg pasal bazar Ramadhan. Jadi dah beli juadah kat kedai si Pak Pandir tadi, aku pun balik la. waktu berbuka pn dah agak hampir.
Masuk waktu berbuka, setelah menjamah sedikit makanan dan solat fardhu Maghrib, aku pun berniat untuk memuaskan nafsu dengan makan nasi tomato yg aku beli tadi. Tapi malangnya, nasi yang belum pun sampai sejam aku beli tadi dah pun basi. Ini bukan yg terakhir, sebab selepas tu aku beli juadah dekat satu bazar ramadhan lain, pun kena nasib yg sama, sup yg dia jual rasa masam, macam dah expired. Apa yg aku nk sampaikan disini, di kesempatan bulan Ramadhan ni, semua amalan kita (kecuali yg ditegah) mendapat ganjaran dari Allah. Amalan yg sunat mendapat pahala fardhu manakala yg fardhu berlipat kali ganda ganjaran pahala yg diberi. Apa lah kiranya jika sang peniaga yg melafaz syahadah yg sama dgn kita ni, tingkatkan kualiti masakan. Dan kalau boleh kawal sikit harga makanan yg dijual, jgn sampai xlogik dek akal.Orang yg membeli juadah yg kita jual tu, akan makan untuk berbuka puasa. Alangkah mulianya jika kita dpt memberi yg terbaik untuk dinikmati oleh orang yg berpuasa, walaupun kita bukan memberi secara percuma, tapi percayalah semuanya dihitung oleh yg Maha Esa.
Belum ada dalam sejarah dunia ini peniaga yg pemurah, ikhlas, dan rajin bersedekah jatuh muflis! Renungkan sirah nabi dan para sahabat, ketahui bahawa para sahabat merupakan peniaga yg sangat2 berjaya dizaman mereka. dan mereka kerap kali menghabiskan harta kejalan Allah, kejalan Jihad. Contohnya Abdul Rahman bin Auf, sehingga dia digelar Saudagar Allah kerana kepandaian nya meniaga dan kemurahan hatinya bersedekah ke jalan Allah. Pernahkah kita dengar Abdul Rahman bin Auf itu jatuh muflis sebab rajin sgt bersedekah?jawapannya tidak, jadi jgn tipu diri sendiri. :-)
Kesimpulannya, ikhlaskan hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan, kalau meniaga niatkan nak puaskan hati semua pembeli, nak pastikan duit yg mereka belanjakan berbaloi dan setimpal dgn kualiti barangan yg mereka perolehi. Paling penting, niatkan kerana Allah. Dan insyaallah, Allah tidak akan sia-siakan niat baik yg tertanam didalam hati hambaNya.
“Peniaga-peniaga yang jujur dan amanah (akan ditempatkan) beserta dengan para nabi, siddiqin dan para syuhada”(Hadis Riwayat Tirmizi).
“Sumpah itu melariskan barang dagangan akan tetapi menghapuskan keberkatannya” (Hadis Riwayat Bukhari)
Allah SWT telah berfirman di dalam Surah an-Nisa’, ayat 29 maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu di antara kamu dengan jalan yang salah(tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan (jalan) perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu”.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment