Saturday, August 28, 2010

Jenis-jenis wahyu yg diturunkan kepada Rasulullah S.A.W

   
   Berikut adalah bentuk-bentuk /jenis-jenis wahyu yg diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
1.  Wahyu dlm bentuk mimpi yg baik seperti bermimpi melihat perkara-perkara yg baik ,cthnya mimpi Nabi s.a.w sebelum menerima wahyu yg pertama.   

2. Wahyu dlm bentuk ilmu yg tiba-tiba wujud dlm hati Rasulullah s.a.w .Wahyu itu seperti dicampakkan oleh Allah s.w.t terus ke hati baginda lalu baginda pun membaca wahyu tersebut.

3.  Wahyu dlm bentuk Nabi s.a.w di datangi oleh seseorang lelaki yg kacak .Malaikat Jibril a.s meminjam muka salah seorang sahabat nabi s.a.w dlm hal ini .cth pada suatu hari Jibril a.s datang dan meminjam muka sahabat nabi yg bernama Dihyah Al Kalbi dan membacakan wahyu kepada baginda s.a.w. Para sahabat pada ketika itu merasa hairan bagaimanakah Dihyah seperti berlagak seperti guru dan mengajar rasulallah s.a.w akan sesuatu perkara yg baru. Tidakkah Dihyah ini seorang jahiliyah yg baru saja memeluk Islam?. Setelah nabi menjelaskan ,barulah para sahabat mengetahui bahawa yg datang ialah malaikat Jibril a.s ,bukan Dihyah seperti yg disangkakan.

4.  Bentuk wahyu yg seterusnya adalah seperti bunyi loceng . Bagaimana bunyi loceng yg dimaksudkan itu ,kita hanya menyerahkan perkara ini kepada Rasul dan Allah ,kerana Rasul dan Allah sahaja yg mengetahui hakikat bunyi loceng itu . Mengikut nabi s.a.w wahyu jenis ini adalah jenis wahyu yg paling berat sekali . Muka Nabi s.a.w akan kemerah-merahan dan berpeluh walaupun dlm musim dingin. Pada suatu hari ketika nabi s.a.w mengenderai unta ,lalu turunlah wahyu jenis ini sehingga unta yg di tunggangi oleh baginda jatuh terduduk. Sayyidina Zaid bin Thabit pernah merasai pengalaman turunya wahyu jenis ini .Ketika itu Rasulullah dikelilingi oleh para sahabatnya di sebuah rumah ,mereka terlalu ramai sehingga bersesak-sesak sehingga rasulallah sendiri terpaksa duduk di atas peha Zaid . Lalu turunlah wahyu , Zaid pada ketika itu merasai beratnya wahyu tersebut sehingga merasakan bahawa kakinya itu hancur dan patah . Beliau melihat Rasulullah berpeluh-peluh seperti seseorang yg diserang demam yg kuat. Apabila wajah Rasulullah s.a.w tenang kembali ,nabi memerintahkan Zaid menulis wahyu tersebut. Zaid adalah setiausaha wahyu Rasulullah.

5.  Wahyu dalam bentuk bunyi lebah ,wahyu jenis ini tidaklah seberat wahyu jenis bunyi loceng, wahyu jenis ini berdengung apabila diturunkan kepada nabi . walaubagaimanapun hanya nabi sahaja yg mendengar bunyi wahyu tersebut .

6.  Wahyu yg seterusnya ini Malaikat Jibril a.s datang menemui Nabi s.a.w dalam bentuk asli. Diceritakan di dlm sebuah hadis rupa Jibril a.s ialah bercahaya-cahaya dan mempunyai 600 sayap . Jibril a.s terbang dari sisi Allah s.w.t kepada nabi s.a.w untuk menyampaikan wahyu dlm satu hari sahaja dengan menggunakan 2 pasang sayap . Kelajuannya mengatasi kelajuan cahaya berganda-ganda . Baki sayap sebanyak 598 lagi hanya dibuka ketika tibanya lailatul Qadar.

    Wallahualam.


(Sumber rujukan dipetik dari http://tanya-ustaz.blogspot.com )


1 comment: