Tuesday, August 24, 2010

Manusia dan Pengkhianatan

                       Manusia dan Pengkhianatan


Pertama sekali kita renungkan apa itu manusia? Sudah tentu manusia dalam pemahaman kita ialah makhluk yg diberi akal, diberi nafsu. manusia dalam kepercayaan org Islam adalah hamba Allah, dan khalifah di atas muka bumi ini. manusia diberi akal, diberi nafsu, lantas membezakan antara manusia dan haiwan, dan antara manusia dan malaikat. Kenapa? haiwan tentu sekali akalnya tidak seperti manusia, dan malaikat sudah pasti makhluk yg tidak mempunyai nafsu. Manusia ini diberi pilihan sama ada melakukan kebaikan, atau kejahatan, yg mana kedua2 amalan ini akan dihisab di akhirat kelak.

Namun demikian pernahkan kita bertanya kepada diri kita, kenapa kerap kali kita melakukan 'pengkhianatan' saban hari? Sejarah ada mencatatkan, bahawa anak2 Adam A.S telah melakukan pertumpahan darah yg pertama atas muka bumi Allah S.W.T ini, semuanya bermula apabila korban habil diterima Allah manakala korban saudaranya Qabil tidak. Timbul perasaan dengki dan dendam dalam hati Qabil, lantas Iblis laknatullah menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada dalam misinya untuk menyesatkan anak2 keturunan Adam A.S, dgn mengisyaratkan kepada Qabil supaya membunuh saudaranya menggunakan batu sehingga mati. 

Dan hari ini tidak menjadi sesuatu yang ajaib sekiranya kejadian sebegitu berlaku (pengkhianatan keatas saudara sendiri). manusia berlumba-lumba menuju kesempurnaan hidup diatas dunia yg fana dan sementara, manusia mengejar kekayaan dan pangkat, sehingga kadangkala sanggup mengkhianati manusia yg lain dalam misinya utk memuaskan tuntutan duniawi. Halal atau haram bukan faktor penting lagi, walaupun kejayaan yg dikecapi di atas tangisan dan kedukaan insan lain. Manusia kian lupa, sejarah telah berulang kali memberi pendidikan dan pengajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada manusia, bahawa setiap pengkhianatan pasti berakhir dgn kekecewaan, kehancuran hidup, kesedihan dan kekesalan kepada yang melakukannya.

Dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu : Dari Nabi S.A.W bersabda : Tanda orang munafik itu ada tiga perkara iaitu jika ia berbicara sentiasa berdusta, dan apabila berjanji sentiasa mungkir janji, dan apabila diberi kepercayaan ia mengkhianatinya. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Sesungguhnya diri kita sendiri adalah amanah dari Allah S.W.T. Sekiranya kita melakukan perbuatan yg merosakkan diri sendiri, seperti meminum arak, melakukan perbuatan maksiat, dan sebarang perkara yg memandu kearah kehancuran bukankah itu juga bermakna kita menkhianati amanah yg Allah berikan kepada kita, yang merasa kagum dgn 'kekhalifahan' kita di atas muka bumi ini?


Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Anfaal ayat 27-
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan Rasulnya, dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui salahnya.


Sebagai manusia, yg juga khalifah di atas muka bumi ini, segala yang ada diatas muka bumi ini adalah amanah yg seharusnya kita pikul diatas bahu kita. Sebagai umat Muhammad, dan umat akhir zaman, seharusnya kita memantapkan lagi keutuhan iman didalam hati kita, dan pada masa yg sama merapatkan saf-saf kaum muslim dgn mengenepikan semua perbezaan pendapat dan darjat. Yakinlah bahawasanya janji Allah itu semakin hampir, bersediakah kita menghadapi detik itu? bersediakah kita melaungkan takbir dan syahadah, serta memperjuangkan Islam apabila sampai ketika yg dijanjikan?

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment