Friday, October 8, 2010

Al Masih Ad Dajjal siri 2


Ad Dajjal siri 2 : Fizikalnya

Sabda Rasulallah s.a.w yg bermaksud ,




" Sesungguhnya menjelang berlakunya kiamat terdapat 30 dajjal-dajja( pendusta )"
Hadis ini adalah hadis sahih ,riwayat Ahmad dari Ibnu Umar r.a .
Saya tidak pasti samada bilangan Dajjal -Dajjal kecil sudah cukup 30 orang atau tidak ,tetapi anda sedia maklum bahawa telah ramai manusia yg mendakwa bahawa dirinya rasul ,dirinya tuhan dan sebagainya pada masa kini iaitu selepas sahaja wafatnya Nabi Muhammad s.a.w
Sabda nabi s.a.w yg bermaksud " Tidak ada nabi selepas ku dan aku adalah Khatimul Anbia' wal mursalin . "
Pada siri yg pertama saya telah menjelaskan serba sedikit ciri -ciri fizikal ibu dan ayah Dajjal serta bangsa dan anutan agamanya . Bermakna Dajjal juga seorang yg tidak mengimani mana-mana agama samawi cuma ia adalah berbangsa Yahudi , jangan serkap jarang akan bangsa Yahudi ,secara majoriti para nabi dan rasul dibangkitkan di kalangan mereka , termasuklah juga Nabi Isa a.s yg akan diturunkan untuk menolong kaum Muslimin pada zaman ini . Begitu juga salah seorang isteri Nabi Muhammad s.a.w yg bernama Saidatina Syafiah ,juga berbangsa Yahudi .
Jadi ketika kita merasa marah dengan Orang Yahudi maka niatkan di dalam hati bahawa aku marah kepada orang Yahudi yg jahat .
Ciri -ciri Fizikal Dajjal
  • MATA SEBELAH KIRINYA BUTA
Seperti di dalam hadis rasulallah s.a.w bermaksud ,
" Sesunggauhnya Dajjal itu terhapus matanya yg sebelah kiri "
Hadis ini diriwayatkan Ahmad dari Anas dan Abu Huzaifah ,hadis ini terhimpun di dlm kitab karangan Imam As Sayuti iaitu Al Jami' As Saghir .
Mata sebelah kirinya rosak iaitu dajjal langsung tidak mempunyai biji mata di sebelah kirinya .kadang kala kita melihat seorang yg buta ,mereka masih lagi mempunyai biji mata , tetapi Dajjal tidak begitu keadaannya .
Buta sebelah mata inilah menjadi suatu tanda besar kepada Ummat Islam untuk mengenali Dajjal itu seperti hadis yg saya entrikan pada siri yg pertama lalu .
  • MATA SEBELAH KANANYA TIMBUL
Seperti sabda nabi s.a.w yg bermaksud ,
" ...Bermata celik disebelah kanan seolah-olah ia adalah biji anggur yg terapung "
Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari di dalam sahihnya dari Ibnu Umar .
Ciri yg kedua ini menunjukkan Dajjal hanya mempunyai sebelah mata , mata kanannya masih lagi berfungsi iaitu dia dapat melihat melaluinya tetapi keadaannya tidak normal seperti mata manusia biasa " timbul seolah -olah ia adalah biji anggur yg terapung " ada yg berpendapat warna mata dajjal ialah berwarna hijau ,sekiranya kita lihat tenteranya iaitu "MAKHLUK ASING "yg mengendarai UFO adalah mirip akan ciri-ciri mata ketuanya " Timbul ,besar ,membelalak dan berwarna hijau "

  • DI DAHINYA TERTULIS KAF , FA , RA
Seperti di dalam sebuah hadis nabi s.a.w yg bermaksud
" .....Bukankah sesungguhnya dia bermata sebelah ,tertulis di antara kedua mata Dajjal itu " KAFIR " yg dapat dibaca oleh setiap mukmin dan di dlm riwayat lain " tertulis di antara kedua matanya KAF , FA ,RA "
Hadis ini diriwyatkan oleh At Tarmizi dari Anas .
Ciri yg seterusnya menjadi satu kelebihan kepada ummat Islam untuk mengenali Dajjal ,walaupun orang Islam itu buta huruf Arab / Jawi , dengan izin Allah orang Islam itu dapat membacanya dan dapat memahami pengertian disebalik 3 huruf tadi .
Di dunia ini terdapat perkara -perkara yg Allah larang tetapi sebahagian manusia terutamanya segelintir orang Islam masih lagi tidak menghiraukan larangan @ amaran tersebut . cthnya , Firman Allah " Dan janganlah kamu hampiri perbuatan zina ...." tetapi masih lagi melakukan perkara itu dan seterusnya terjelumus kelembah zina .
Hanya orang Islam yg beriman sahaja yg terselamat daripada fitnah Dajjal ini dengan rahmat Allah s.w.t . Sesungguhnya neraka itu dikelilingi dengan keseronokkan dan surga itu dikelilingi dengan kesusahan " Fitnah Dajjal adalah puncak segala puncak keseronokkan . Maka siapakah yg tidak akan tergoda @ terpesona ? .
  • TUBUH BADAN NYA
Tubuh badannya sesuai dengan manusia zaman ia dilahirkan iaitu 3500 tahun yg lampau ,sudah tentulah berbadan lebih besar dan tinggi berbanding dengan manusia biasa zaman kini

.Kulitnya berwarna coklat asli ,kemerah-merahan ,seperti kulit orang bangsa Melayu umumnya .
Berambut yg sangat kerinting seperti rambut Bangsa Negro ,sudah tentu anda dapat bayangkan ...
Tumitnya lebih besar daripada tumit manusia biasa seperti tumit robot yg di cipta begitu agaknya utuk tujuan penstabilan ketika berdiri tegak .Tumit Dajjal membesar sebegitu kerana dia telah dipasung di sebuah pulau semasa hayat Rasulallah s.a.w hidup iaitu selama 63 tahun . Tumit disebelah belakang itu dimasukkan besi berbentuk bulatan menyebabkan kerosakkan ke atas tumitnya itu .
Seperti dijelaskan di dlm sebuah hadis rasulallah s.a.w bermaksud
" Ternyata ia adalah seorang lelaki yg berbadan besar , berambut kerinting dan bermata besar "
Hadis Nabi s.a.w yg lain bermaksud ,
" .... hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan ,berambut kerinting ,bermata sebelah dengan mata yang terhapus"
Hadis yg pertama diriwayatkan oleh Al Bukhari dari Ibnu Umar , hadis yg ke 2 diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ubadah ibnu Shamit .

Sekiranya anda seorang pelukis anda boleh imaginasikan kemudian anda lukis .... memang tidak dinafikan rupa wajah Dajjal adalah hodoh serta menakutkan , tetapi ia dianugerah oleh Allah akal yg sangat genius sehingga mampu mencipta peralatan yg tidak dapat dijangkau oleh akal manusia yg bijak masa kini .
Maklumlah umur nya yg panjang iaitu 3500 tahun berbanding umur manusia hanya sekitar 60 hingga 70 ,sudah tentu dari segi logiknya , pengalaman .ilmu dan hasil R & D nya lebih maju apa yg dimiliki oleh manusia biasa . Kalau 1400 tahun dahulu para sahabat yakin yang pada akhir zaman nanti besi -besi timbul dipermukaan laut ( kapal -kapal laut ) dan berterbangan di udara ( kapal terbang), maka kita cubalah kita terima bahawa ciptaan Dajjal ini seperti piring terbang dan satelit mengawal cuaca itu sebenar wujud .Mereka itu bukanlah makhluk asing yg akan turun berkomunikasi dengan manusia pada tahun 2012 ,tetapi mereka adalah manusia yg telah diubah suai menjadi X MAN @ tentera Dajjal .
Bersambung ....

No comments:

Post a Comment