Al Masih Ad Dajjal siri 13 : Menyiasat kehebatan Nabi Musa a.s
Masih terngiyang-ngiyang suara Jasasah ketika dia tinggal di pulau itu ...
Wahai anak ! kamu akan bertemu dengan 2 orang rasul yg diberi AL KITAB yg diturunkan oleh Allah s.a.w pencipta langit dan bumi ! . Ambillah peluang itu untuk beriman kepadanya dan mematuhi ajarannya nascaya engkau tergolong ke dalam golongan manusia yg beruntung . Sekiranya kamu enggan mengikutinya maka engkau adalah manusia yg CELAKA lagi TERLAKNAT !.
Berita pergerakkan Nabi Musa a.s berserta Bani Israel utk melarikan diri dari Mesir sayup-sayup kedengaran di cuping telinganya .. Mereka melakukan demikian kerana sudah tidak tahan lagi dengan cengkaman perhambaan dan kezaliman FIRAUN ke atas mereka. Mereka diperlakukan seumpama binatang bahkan lebih teruk daripada itu .
Hati Dajjal sudah berbelah bagi dengan perkara itu ...jiwanya bersama -sama Bani Israel kerana itu adalah bangsanya dan asal usul nya walaupun dia berusaha menyembunyikannya dari ahli -ahli sihir firaun . Di sudut hatinya merasa kagum dengan Nabi Musa a.s . Kuasa yg dikenali MUKJIZAT yg dimiliki oleh Nabi Musa a.s berjaya mematahkan sihir -sihir hebat ahli sihir firaun bahkan mereka terus sahaja beriman kepada TUHAN MUSA dan TUHAN HARUN .
Mereka juga sanggup menderita ketika di potong kaki dan tangan mereka secara bersilang utk mempertahankan keimanannya ,bahkan semasa mereka di salib di simpang-simpang jalan di sekitar ibu Kota Mesir pun mereka masih lagi diberi peluang utk kembali bertaubat dan menyembah firaun tetapi mereka tetap beriman dengan TUHAN MUSA dan TUHAN HARUN .
Oleh itu FIRAUN sangat murka dan memerintahkan Nabi Musa ditangkap padahal Nabi Musa adalah anak angkatnya yg membesar di istana nya dengan kasih sayang raja dan tuhan rakyat Mesir . Kisah -kisah itu menyebabkan Dajjal kagum dengan karisma Nabi Musa a.s .Naluri nya ingin sangat bertemu dengan insan yg terhebat itu .
Oleh kerana tuan gurunya telah dibunuh akibat berpaling tadah dari firaun @ RAMSIS 2 ,maka tidak ada apa lagi yg perlu ditunggu oleh Dajjal di makmal -makmal ahli sihir firaun itu . Secara sedar dan tidak sedar dia adalah pewaris sihir -sihir yg terhebat di dunia dan dia akan mencipta alirannya sendiri dan mencari anak muridnya sendiri dan sihir -sihirnya itu akan dipersembahkan dan dimanupulasikan kepada manusia dan dia akan menjadikan ia sebagai senjata yg ampuh untuk menyesatkan manusia dan menobatkan dia sebagai tuhan pada zaman akhir zaman nanti . Apabila dia akan muncul pada tahun 2020 MASIHI nanti berdasarkan jadual yg dirancang oleh hamba-hambanya . Sihir -sihir yg dikuasainya itu akan digabungkan dengan teknologi sains yg amat canggih hasil R & D olehnya selama ribuan tahun . Sihirnya itu kelak mampu menanggalkan iman di dada -dada mukmin .
Tidak mustahillah nanti seperti yg diceritakan di dlm hadis yg fitnah Dajjal itu di antaranya ialah
- Dapat menghidupkan orang yg sudah mati
- Mengergaji tubuh manusia dan memotongnya kepada 2 kemudian mencantumkan dan menghidupkan kembali
- Menurun dan menahan hujan di kawasan-kawasan yg dilawati dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan mematikannya
- Menggempakan bumi yg dia kehendaki
- Dapat bergerak menyamai kelajuan cahaya dan sebagainya ..
Pada malam yg telah dijanjikan dan dirancang oleh Nabi Musa a.s ,maka Bani Israel pun bergerak keluar secara senyap dari Mesir , Dajjal pun menyusup masuk ke dalam kumpulan itu ...mereka bergerak pantas ..pesan Nabi Musa a.s ,hanya barang -barang yg asas sahaja yg boleh di bawa ,yg lain di tinggalkan sahaja ... BANI ISRAEL telah dijanjikan sebuah negara di sana ,satu negara yg aman dan makmur iaitu PALESTIN .
Nabi Musa s.a. hendak memastikan pergerakkan mereka itu berjaya dan pantas ,inilah satu-satunya peluang , sekiranya gagal maka riwayat Bani Israel tamat sampai di sini sahaja . Ada 12 puak Bani Israel di kalangan pengikut Nabi Musa a.s Mereka adalah keturunan dari anak -anak Nabi Yaakob ,di antara keturunan yg mengikuti Nabi Musa ialah keturunan Nabi Yusuf dan Bunyamin serat 10 adik beradik yg lain . Dan Dajjal bukan dari keturunan yg 12 adik beradik itu !
Berita penghijrahan Bani Israel yg beriman itu sampai kepengetahuan firaun ,dengan segera baginda memerintahkan askar-askar berkuda dan infantri serta berjalan kaki nya memburu Bani Israel ... BUNUH MEREKA SEMUA termasuk kanak -kanak ,perempuan dan orang tua ..itu adalah perintah firaun kepada semua askarnya .
Apabila tiba di tepi laut Merah ....Para pengikut Nabi Musa a.s mula berbisik -bisik sesama mereka ...adakah mereka akan selamat? ...di depan mereka terbentang lautan yg luas ..laut merah .. di belakang mereka ribuan tentera firaun mara ke arah mereka . Mengapa Musa memilih jalan ini ? ..adakah tuhannya tidak menunjukkan nya jalan yg sepatutnya dilaluinya ? ...bisik seorang pengikut Nabi Musa dengan sahabatnya yg berada di sebelahnya ...
Mengapa Musa tidak menyediakan perahu -perahu ...adakah kita dikehendaki berenang utk menyeberangi lautan ini !! ?? . Bentak salah seoarang pengikutnya . Suara -suara yg pada mulanya berbisik -berbisik itu mula bertukar dengan nada yg lebih kuat ..hati pengikut Nabi Musa a.s mula GUBRA !
Dajjal yg tidak beriman hanya ketawa di dalam hati tetapi dia yakin Musa pasti ada penyelesaiannya .. dia sendiri melihat kehebatan tongkat Nabi Musa a.s ketika sayembara Nabi Musa a.s dengan ahli sihir firaun . Sudah tentu Nabi Musa akan menggunakan tongkat saktinya itu untuk menyelesaikan masalah Bani Israel itu tapi bagaimana caranya ya ?
Dajjal melihat Nabi Musa a.s berdiri dan memejamkan mata , kelihatan kepalanya tunduk sedikit kemudian tubuhnya bergetar sedikit .... seterusnya baginda menarik nafas yg keras dan dalam lalu kepalanya menganguk-angguk seolah -olah sedang memahami sesuatu , Sekoyang-koyang Nabi Musa a.s pergi ke gigi pantai dan mengangkat tinggi -tinggi tongkatnya serta memukulnya dengan kuat ... ini adalah perintah Allah s.w.t bukan perintah aku maka bukakan lah jalan bagi Bani Israel di dadamu wahai laut ...
Tiba-tiba terbelah lah laut merah yg dalam itu dan terbentanglah jalan yg seluas -luasnya .ada sebanyak 12 jalan@lorong kesemuanya sekali dan peliknya mereka Bani Israel mengetahui jalan yg mana mereka akan lalui seakan -akan ada tanda jalan di lorong-lorong laut itu ..semua itu adalah ilham dari Allah s.w.t kepada hamba-Nya yg beriman .
Wahai Bani Israel menyeberanglah ..janganlah kamu menoleh ke belakang ... wahai Bani Israel selamatkan diri kamu sekalian .. wahai Bani Israel janganlah kamu takut ...wahai Bani Israel tujulah ke negara yg di janjikan oleh Allah !!! .
Air laut yg setinggi bukit bergulung-gulung di kanan kiri laluan Bani Israel ... amat menakjubkan ...Dajjal berkata di dlm hatinya ...kalau lah begini , Musa adalah manusia yg benar-benar hebat ...apakah kehebatan Musa lagi selepas ini ... hatinya -benar-benar ingin menyiasat ..kalaulah aku memiliki kuasa Musa kemudian aku akan gabungkan dengan ilmu sihir ahli firaun sudah tentu kesan nya amat hebat dan dahsyat .
Setelah Bani Israel hampir ke gigi pantai di sebelah sana kelihatan gerombolan askar-askar firaun memasuki lorong-lorong lautan ...dengan megah Firaun berkata kepada askarnya lihatlah laut itu ia memberi laluan kepada aku utk menghapuskan Bani Israel maka burulah dan bunuhlah mereka !.... Dengan sekuat tenaga firaun dan askarnya memecut kereta kudanya dan diikuti oleh tentera berjalan kaki .
Apabila sampai sahaja di pertengahan lautan yg membawa maksud kesemua tentera firaun berada di lautan dengan izin Allah s.w.t laut Merah itu bertangkup semula . Melihat peristiwa itu maka firaun pun merasa cemas dan memerintahkan tentera nya berpatah balik tetapi sudah terlambat .. semua tentera dan peralatan mereka musnah di telan laut . Ketika firaun hampir mati ,beliau melafazkan ucapan beriman dengan tuhan Nabi Musa dan Harun tetapi ditempelak oleh Allahs.w.t .Adakah sekarang kamu hendak beriman !? . Sesungguhnya iman firaun sudah tidak diterima oleh Allah s.w.t dan dia mati dalam kekafiran yg jelas lagi nyata.
Seperti yg dirakamkan di dalam Al Quran jasad firaun dimuntahkan kembali ke darat dan terdamparlah jasad mati tuhan firaun yg menjadi saksi bahawa firaun adalah manusia dan setiap manusia adalah makhluk maka oleh itu jangan lah mengaku-mengaku tuhan dan hendak di sembah-sembah.
Kejadian itu berlaku di depan mata -mata yg melihat dari kalangan Bani Israel ... manusia itu tetap makhluk ..dan tuhan adalah tuhan dan kedua-dua itu mesti ada perbezaan diantara satu sama lain ..tetapi Dajjal tidak melihat dari sudut itu ,Dajjal melihat dari sudut kehebatan kuasa ,gelombang ,formula ..kelak ia kan memiliki kuasa itu ... hatinya berazam untuk itu ...dan aku akan menjadi tuhan yg lebih hebat dari firaun itu !
Bersambung ....
No comments:
Post a Comment