Friday, October 8, 2010

Al Masih Dajjal siri 4




Al Masih Dajjal siri 4 : Bapa Dajjal di penjara oleh Hakim


Begitulah Dajjal semasa bayinya , sejak dari beliau lahir sehinggalah berumur 4 tahun , matanya sentiasa tertutup kecuali beberapa ketika . Dajjal akan membuka matanya dan meneguk seteguk dua air susu kambing yg diberi oleh orang tuanya ,kemudian dia tidur kembali .

Perlakuannya itu menyebabkan orang tuanya gelisah dan khuatir sehingga satu ketika orang tuanya itu
melekapkan telinga di dada anak lelaki kesayangannya itu ,ternyata anaknya itu masih bernyawa .

Pada suatu malam ketika bapa dajjal ( ibunya sudah meninggal akibat barah payu dara ) tidur ,Dajjal menbukakan matanya dan pada kali ini dia cuba bergerak ,nampaknya dia berhasil untuk bergerak sehinggalah dia dapat berjalan dengan kedua tangan dan kakinya @ merangkak .

Apabila dia merangkak 2 , ke 3 tapak tiba-tiba seperti ada kekuatan yg lain datang meresap ketubuhnya lalu dia dapat berdiri dan terus berjalan ke arah berhala lembu betina yg liar itu . Kekuatan itu lain tak bukan berasal dari kekuatan syaitan yg menyerupai lembu betina liar sembahan bapa Dajjal .

Dajjal berjalan ke arah itu dan duduk benar-benar di hadapan berhala itu lalu dia tidur kembali .

Pada keesokkan harinya ketika bapa Dajjal bangun daripada tidur beliau mendapati anaknya tiada di sisinya ,beliau mencari anak lelakinya itu ,tiba-tiba ia mendapati anaknya itu tidur dipangkuan tuhan -tuhan yg berada di sudut rumahnya itu .

Bapanya merasa hairan dan takjub ... dari kaca mata musyriknya itu mulalah ia meyakini yg anaknya itu adalah anak yg teristimewa ,bagaimana penjelasan logik yg boleh diterima oleh akal ,seorang anak yg sentiasa tidur tiba-tiba boleh beralih tempat dari kamar tidur ke tempat pangkuan tuhan .Sudah tentu tuhannya itulah yg mengalihkannya .

Bapanya menceritakan kepada orang kampung peristiwa ajaib yg berlaku ke atas anak lelakinya itu .Orang-orang kampung yg mendengar akan cerita itu menuduhnya kembali bahawa dialah yg mengalihkan anaknya itu . Bapa Dajjal merasa kecewa di atas tuduhan itu .

------------------------------

Sedikit sejarah berkenaan " tuhan lembu " . Seperti yg saya jelaskan agama manusia yg menyembah lembu adalah agama yg lama @ kuno dan primitif @ agama Kabbala ,ianya sama seperti agama bawaan hindu yg mengagungkan lembu sebagai tuhan .

Mahatma Gandhi ada berkata berkenaan kemuliaan binatang lembu ini ...

" Sesungguhnya penjagaan atas lembu betina .sebagaimana ditetapkan dan diwajibkan oleh agama Hindu ,adalah hadiah dari orang-orang Hindu bagi dunia . Hal itu juga merupakan pancaran adanya rasa persaudaraan antara manusia dengan haiwan .Dalam pemikiran orang -orang Hindu diyakini lembu betina adalah ibu manusia .memang demikian menurut hakikatnya .

ketika saya melihat lembu betina saya tidak melihat ianya seekor haiwan ,kerana saya menyembah lembu betina dan akan terus menyembahnya di hadapan alam semuanya ,melebihi peranan ibu yg sebenarnya jika ditinjau dari berbagai segi .

  • Ibu ( manusia ) sesungguhnya akan menyusu kita selama tempoh lebih kurang satu hingga 2 tahun kemudian ia terhenti . tetapi ia menuntut khidmat kita sepanjang hidup sebagai atas jasanya itu
  • Sementara lembu betina pula memberi susu kepada kita selamanya dan tidak menuntut khidmat kepada kita , lembu betina hanya meminta makanan biasa sahaja
  • Ibu ( manusia) sekiranya sakit dia menuntut banyak belanja perubatan kepada kita
  • Sementara lembu betina apabila ia sakit ia tidak menuntut belanja perubatan kepada kita
  • Ibu ( manusia ) sekiranya mati ia juga akan menuntut kita menguruskan jenazahnya sehingga selesai dan sudah tentu ia memerlukan perbelanjaan yg banyak .
  • Lembu betina sekiranya mati ia tetap memberi manfaat kepada manusia ,segala jasadnya boleh dimanfaatkan seperti tulang ,daging , dan organ-organnya serta kulit dan sebagainya .
Saya tidak mengatakan ini sebagai ingin mengecilkan peranan ibu , saya mengatakan ini kerana menyatakan sebab-sebab mangapa saya menyembah lembu .Sesungguhnya berjuta-juta orang Hindu menyembah lembu dan saya mengakui sebahagian drp mereka . "

Kalau dilihat di sini ada kesamaan dari segi anutan agama bapa Dajjal dengan anutan agama orang-orang Hindu . Bapa Dajjal adalah salah satu orang yg menganut agama jenis ini . Tidak semua penduduk kampung itu menyembah lembu betina liar ,ia adalah manoriti sahaja . Majoriti penduduk di kampung itu menyembah hakim sebagai tuhan .


Usaha bapa Dajjal tidak berhenti setakat itu sahaja beliau berusaha menyebarkan keajaiban anaknya itu kepada orang yg boleh mempercayainya . Sehinggalah kisah ini tersebar hingga kepengetahuan hakim.

Hakim merasa marah dan memanggil bapa Dajjal dan bertanya

  • Hakim : Adakah benar apa yg engkau katakan itu ?
  • Bapa Dajjal : Benar ,sesungguhnya akau melihatnya sendiri ..
  • Hakim : Tidak ,ia tidak benar ,sesungguhnya akulah yg berkuasa dan layak di sembah ,bukan lembu betina yg liar itu
  • Bapa : Aku tidak berbohong ,apa yg aku katakan itu adalah benar !
  • Hakim dengan perasaan murka " Kalau begitu engkau akan aku hukum penjara dan dikenakan beberapa seksaan yg berat .
Maka merengkoklah bapa Dajjal dipenjara dan disiksa dengan berat oleh hakim sehingga beberapa lama ...

bersambung ..................

No comments:

Post a Comment