Al Masih Dajjal siri 7 : Cita-cita ku menjadi Tuhan ...
...Telah lama saya tidak menulis kisah Al Masih Dajjal dan kisah siri-siri artikal yg lain kerana kesibukkan yg tidak dapat di elakkan ... Kisah bersiri Al Masih Dajjal ini adalah sebagai pembuka minda para pembaca sekalian ..ianya tidak semestinya tepat pada hakikatnya ..walaubagaimanapun sebagai manusia , wajib ke atas kita berusaha dan berikhtiar utk mencari ketepatan sesuatu perkara ...seterusnya menyerahkan urusan itu kepada Allah . Kami mengalu-alukan sebarang pendapat daripada para pembaca budiman di atas semua entry-entry yg terdapat di dalam blog kami ini. Para pembaca yg hendak mengenali blogger Tanya-ustaz ..klik saja di " SILA KLIK DI SINI SEKIRANYA INGIN BERTAARUFDENGAN KAMI " di sebelah kanan blog ini .
... Tujuh batu bersurat yg mengandungi tujuh peringatan penting telah di baca oleh si Dajjal yg masih kecil . Batu-batu bersurat itu amat menarik perhatian si Dajjal yg masih kecil itu khususnya mengenai dakwat yg digunakan untuk menulis peringatan-peringatan itu.
Dakwat yg digunakkan oleh Malaikat Jibrael a.s itu bukan berasal dari bumi ..ya dia begitu pasti .. meterial nya seperti tanah yg bercampur air bersifat pekat dan anjal , memang sesuai untuk dijadikan dakwat untuk menulis . Dia mendapati di sebelah batu bersurat yg terakhir itu terdapat baki-baki dakwat yg telah digunakan sebahagiannya . Jumlah kuantitinya lebih kurang 3 telapak tangan orang yg dewasa zaman sekarang .
Sedang Si Dajjal yg masih kecil itu asyik meneliti batu-batu ,tulisan-tulisan dan meterial -meterial dakwat yg digunakan itu ...tiba-tiba Jasasah membuka mulut untuk berbicara ...
"Wahai anak sesungguhnya 7 peringatan yg tertulis di 7 biji batu ini khusus buat kamu ... Peringatan -peringatan ini ditulis sendiri oleh Malaikat Jibrael a.s . Maka hendaklah kamu memahami dengan mendalam 7 peringatan ini .
Kemudian Jasasah menerangkan satu persatu dengan jelas kepada Si Dajjal yg masih kecil itu ...Sebagai kesimpulannya aalah seperti berikut ..
Wahai anak.... kamu diberi 2 pilihan ....samada hendak memilih jalan kebenaran atau jalan kesesatan ...sekiranya kamu memilih jalan kebenaran kamu akan menjadi seorang manusia biasa dan akan menjadi raja . Sekiranya kamu memilih jalan kesesatan kamu akan ditimpa penyakit hati "RAIN" yg amat-amat sukar menerima kebenaran dan perasaan itu amat menyakitkan perasaan kamu ....kamu juga akan menjadi manusia yg amat-amat merbahaya kepada semua manusia pada akhir zaman nanti . Kamu juga meminta manusia menyembah kamu padahal kamu adalah hamba Allah dan makhluknya seperti mahkluk -makhluk yg lain .
Kamu juga mengakui bahawa tuhan yg sebenar adalah dirimu ..semua itu adalah disebabkan kamu menolak 2 rasul yg akan datang iaitu Nabi Musa a.s dan juga Nabi Isa a.s . Walaubagaimanapun sekiranya kamu bersungguh-sungguh untuk bertaubat kamu masih lagi diberi peluang yg terakhir iaitu akan dibangkitkan seorang rasul pada akhir zaman nanti iaitu yg bernama Ahmad .Maka berimanlah kamu kepadanya ...Rasul itu akan diberikan sebuah kitab yg bernama Al Quran dan akan berhijrah ke sebuah negeri yg subur dan mempunyai air yg tawar . Rasul itu berhijrah kerana diusir oleh kaumnya ...Sesungguhnya kamu akan mendapati perkara itu nanti
Tambah Big Foot itu lagi ... Sekiranya kamu memilih jalan kesesatan maka kamu diberi kuasa untuk memerintah jin dan syaitan dan mereka akan mengikut segala perintah kamu .Maka fikirlah dalam-dalam kata-kataku ini ...
Si Dajjal yg masih kecil itu merasa tercabar di dalam hatinya mengapa aku perlu memilih jalan-jalan yg ditetapkan ..mengapa aku tidak boleh hidup bebas dengan jalan aku pilih dan tetapkan sendiri ..
Raja Illuminati dan Freemason itu berkata kepada Jasasah " Siapakah kamu ...mengapa kamu menasihati aku ... seumpama manusia walaupun kamu adalah hanya seekor binatang !
Jasasah lalu berkata ...Aku adalah pengasuh mu yg diamanahkan oleh Malaikat Jibrael a.s yg banyak tugasannya lagi terpercaya . Aku diamanahkan supaya menerangkan dengan secukupnya pelajaran-pelajaran kerohanian sehingga kamu faham dan menerima hakikat kehidupan ... sehingga kamu sedar bahawa dirimu itu hanyalah seorang manusia biasa dan hamba Allah , walaubagaimanapun aku tidak memaksa dan kamu bebas memilih jalan hidupmu itu pada masa akan datang ...maka nasihatku , pilihlah jalan kebenaran .
Aku akan berkata-kata kepadamu seperti manusia hanya sebanyak 2 kali . Kali pertama ialah pada ketika ini iaitu ketika aku menerangkan hikmah-hikmah di sebalik 7 peringatan yg tertulis dibatu-batu ini . Kali yg ke 2 ketika kamu akan keluar dari pulau ini untuk melihat dunia yg sebenarnya nanti
Aku akan bersama-sama mu dipulau ini dan ajalku akan tamat beriringan dengan keputusan mu ketika hendak keluar dari pulau ini .
Setelah selesai berkata-kata dengan bahasa manusia maka Binatang berbulu tebal itupun membisu dan hanya terkeluar bunyi -bunyi biasa suara-suara binatang . Tidak lama selepas itu Jasasah pun meninggalkan Dajjal kecil itu sendirian .
Si Dajjal yg masih kecil itu pun mendongak ke langit dan berkata
" Siapakah yg mengetahui bahawa perkataanmu ( binatang ) itu benar ..Sungguh aku hanya bersendirian .Akupun tidak pernah melihat Jibrael a.s yg disebut-sebut oleh binatang itu. Aku juga tidak pernah melihat gempa dikampung kelahiran ku yg menyebabkan semua penduduk di sana mati dan bangunannya hancur dan musnah .
Aku juga tidak tahu bahawa segala tulisan di batu-batu ini adalah tulisanmu Wahai Jibrael . Aku tidak yakin dengan apa yg aku tidak pasti .Mungkin tulisan ini hasil goresan-goresan ikan-ikan di laut kemudian batu-batu itu di bawa ombak ke tepi pantai atau juga mungkin tulisan ini sudah lama wujud di pulau ini dan tidak ada kena mengena dengan aku dan bintang itu menjumpainya dan mengajak aku melihatnya "
Dajjal yg masih kecil itu sudah menampakkan sifat sombong dan takaburnya ..nampaknya penyakit rain yg dijanjikan oleh Allah sudah timbul di hati Dajjal yg masih kecil itu .
Dajjal yg masih kecil itu berkata lagi ...
"Aku tidak tahu -aku tidak tahu ada yg lain selainku .sesungguhnya segala sesuatu di sekitarku tunduk kepada ku .Semua benda di sekitarku mengakui bahawa aku adalah tuhan ,penguasa yg sebenar di pulau ini .Pulau ini di bawah kekuasaan ku !"
Begitulah Dajjal ....sesungguhnya dia telah ditakdirkan oleh Allah menjadi manusia yg paling merbahaya kepada alam jin dan manusia di akhir zaman ... Dajjal tidak menggunakan akalnya sebagai alat mencari kebenaran tetapi menggunakan akal untuk diakui dirinya sebagai tuhan ...ye tuhan yg bermata satu ...adakah anda suka tuhan yg bermata satu itu ?
Bersambung >>>
No comments:
Post a Comment