Friday, October 8, 2010

Al Masih Dajjal siri 10




Al Masih Dajjal siri 10 : Kembali ke Tanah Kelahirannya


Dari daerah ke daerah Dajjal pergi berkelana , dari negeri ke negeri Dajjal bermusafir ...sesungguhnya ilmu ,kemahiran ,pengalaman ,harta dan pengikut yg didapati daripada pengembaraannya itu semakin banyak dari hari ke sehari .....maka pada suatu hari Dajjal pun berhasrat utk mengubati kecacatan matanya lalu pergilah ia menemui seorang Filusuf Yaman dan juga seorang rakannya .

Tujuan Dajjal berjumpa Filusuf itu ialah meminta tolong dari filusuf itu supaya membawanya berjumpa dengan seorang Doktor @ Tabib yg terkenal di Negeri tersebut. Dirin
gkaskan cerita , maka mereka berdua pun berjumpalah dengan Doktor @ Tabib .Filusuf itu menyampaikan hasrat Dajjal kepada doktor itu supaya mencuba mengubati kecacatan yg dialami oleh matanya itu .

Lama ju
ga Doktor itu membelek -belek mata Dajjal dan berfikir serta mengingati kembali formula-formula serta kaedah-kaedah yg dipelajari semasa mudanya . Maka tibalah masanya dia membuat keputusan yg berat .

Doktor itu memanggil Dajjal lalu berkata ...Sesungguhnya kecacatan 
yg engkau hadapi ini mustahil dapat aku sembuhkan dengan kepakaran dan pengalaman serta ilmu yg aku kuasai sebagi doktor @ Tabib . Maka ia akan kekal seperti ini selama-lamanya.

Mendengar kata-kata Doktor @ Tabib itu maka kecewalah Dajjal ,tidak bergunalah segala har
ta yg dikumpul semata-mata sebagai perbelanjaan utk memulihkan kecacatan yg dihadapi oleh matanya itu . Harta-harta nya yg banyak itu langsung tidak dapat menolong walaupun sedikit .
Sesungguhnya kecacatan yg dialami oleh mata Dajjal adalah suatu takdir dari Allah s.w.t yg tidak boleh diubah oleh Dajjal . Ia adalah suatu lambang ataupun petunjuk kepada Ummat Islam yg beriman utk mengenali siapa dia sebenarnya di akhir zaman . Kecacatan matanya itu telah dirakamkan di dlm hadis rasulallah s.a.w .

Tetapi ketahui lah ketika Dajjal zahir dikhalayak manusia nanti ia akan muncul dengan wajah seo
rang amat tawaduk dan rendah diri .tanpa kecacatan matanya . Ketahuilah wahai manusia , Dajjal bukanlah orang yg bodoh dan akan tampil dengan wajah yg begitu ( cacat matanya )dikhalayak manusia . Dajjal adalah seorang yg licik dan benar-benar genius .

Manusia yg beragama Islam akan mengatakan bahawa Dajjal adalah ORANG YG BERIMAN , Orang Yahudi akan mengatakan Dajjal adalah orang Yahudi dan jug
a orang kristian juga mengatakan begitu . Masakan tidak ..Paus yg sekarang ini adalah paus yg terakhir dan kaum Nasrani sedang menunggu kemunculanPaus yg Maha Hebat . Paus yg maha hebat yg dikatakan oleh Puas sekarang ini ialah tidak lain dan tidak bukan ialah Dajjal . Pelikkan mereka menganggap Jesus sebagai penyelamat yg akan turun pada zaman ini. Tetapi mereka menunggu yg hero yg lain .

Cuba tuan-tuan selidiki rahsia gereja Vetican city . Kesimpualn yg tuan-tuan buat nanti m
ereka adalah sebagai kuda tunggangan Yahudi yg mewar-warkan selogan anti chirst. saya akan ulas insyallah pada masa yg lain berkenaan kaitan vetican city dengan Dajjal . Perkara ini tidak disedari oleh sebahagaian penganut Kristian ...

---------

Sebelum berpisah filusuf itu memberitahu Dajjal .. " Anda seorang yg berumur
 panjang ,berakal genius dan bertubuh muda ...jika anda berumur panjang nanti besar kemungkinan anda akan menjadi raja yg adil atau menjadi raja yg zalim . Filusuf itu menyambung , anda adalah As Syamirah kerana nisbah asal usul anda kepada negeri kelahiran anda . Kemudian mereka berdua berpisah .

Kata-kata filusuf itu membuat dia mengenang kembali kata-kata si big foot itu pada masa remajanya ketika ia duduk di sebuah pulau . Kata-kata filusuf itu juga me
nyebabkan Dajjal ingin mengembara di tanah leluhurnya ,Kerinduan itu menjelma di jiwa Dajjal . Tetapi sebelum itu di hendak menjengok sahabat lamanya iaitu Jasasah . Jasasah yg banyak menolongnya dan menemani semasa ia berada di pulau itu .
Maka dibelinya sebuah kapal dan mengupah para pembantu serta bekalan semasa pelayaran nanti . Dengan harta yg banyak itu mudah baginya utk membeli beberapa keperluan yg dia perlukan .
Maka berlayar lah menuju ke laut Yaman dan menuju ke Pulaunya itu ,sampai sahaja di tepi pantai pulaunya itu maka dia pun mengarahkan utk berhenti dan berlabuh . Dajjal juga meminta supaya perahu diturunkan . Dajjal mengarahkan supaya mereka duduk sahaja di atas kapal tersebut , hanya dia seorang sahaja yg akan ke pulau itu .

Sampai sahaja di tepi pantai ,sahabatnya telah menunggu dengan berdiri tegak dan meman
dangnya dengan mata yg bersinar-sinar tanpa sebarang kata-kata ,tidak lama kemudian binatang itu pun lari masuk ke dlm hutan .

Dajjal terus pergi ke guanya dan mengambil benjana yg berisi DAKWAT JIBRAEL yg digunakan utk menulis 7 PERINGATAN DARI ALLAH kepadanya . Selepas itu Dajjal pergi ke te
mpat kepingan -kepingan batu yg besar -besar yg tertulis 7 peringatan itu dan mencari pecahan-pecahan batu dari batu -batu yg besar itu .Sesungguhnya batu itu cantik dan berwarna -warni .Dajjal mengambil pecahan batu itu lalu disimpan di dlm begnya .

Maka selepas itu Dajjal ter
us kembali ke pantai dan menaiki sampannya seterusnya ke kapalnya . Dajjal hendak terus belayar ke Negeri asal usulnya iaitu Syamirah .

----------

Sampai 
sahaja di pelabuhan yg berdekatan dengan Negeri Syamirah ,Dajjal meninggalkan kapalnya di sebuah lembah dan terus pergi ke arah yg hendak dituju dengan menaiki kenderaan darat. Apa agaknya yg ditemuinya di sana ... adakah kata-kata Jasasah itu benar yg negeri itu dihancur kan oleh Allah s.w.t... semua itu masih menjadi teka teki diminda Dajjal ...nanti akan aku selidiki perkara itu ..bisik hatinya ...bersedialah wahai penduduk Syamirah bahawa putera mu sudah kembali .

Bersambung ...

No comments:

Post a Comment