Friday, October 8, 2010
Panji Hitam Di Ufuk Timur
Geng yg terakhir yg berteraskan ajaran /amalan yg ORIGINAL yg akan menewaskan segala kekuatan tentera di dunia ini kecuali Yakjuj dan Makjuj ialah dikenali sebagai Geng Panji-Panji Hitam Dari Timur .
Kalau tuan-tuan dan puan -puan setuju saya gelarkan mereka dengan GENG 313 TENTERA SABIL AKHIR ZAMAN . Jumlah mereka tidak ramai dengan hanya bersenjatakan satu mesin gun pun sudah pasti dapat meranapkan mereka semua . Jumlah yg sedikit itu seperti mana yg dikisahkan di dlm hadis mafhumnya ..
Bilangan mereka itu sedikit dan bilangan itu tidak mengentarkan pasukan tentera musuh iaitu mereka hanya mempunyai ahli seramai 313 anggota sahaja termasuk di dlmnya kaum perempuan .
BUKAN GENG CETAK BENDERA
GENG 313 TENTERA SABIL ini adalah satu kumpulan manusia yg masih original mengamalkan intipati ajaran Islam dari salsilah BAGINDA RASULALLAH s.a.w dan bukan geng yg kerjanya mencetak bendera warna hitam putih yg tertulis kalimah syahadah . Tidak ada pun sehelai di sisi mereka bendera hitam putih tu .
Apakah maksud bendera hitam putih yg ditengah-tengahnya ada tulisan kalimah syahadah tu
MAKSUDNYA IALAH .
Latar belakang warna HITAM bermaksud waktu malam atau sepanjang malam ataupun golongan yg tidak dikenali oleh manusia ,mereka tidak popular dikalangan manusia cthnya sekiranya ada diantara mereka bergaul dengan manusia nascaya manusia akan melayan mereka dengan acuh tidak acuh sahaja . Tidak ada apa-apa yg istimewanya ,tidak ada apa-apa yg nampak kehebatannya .
Kalimah syahadah yg berwarna putih menunjukkan bahawa mereka berusaha mengesakkan Allah s.w.t ataupun di dalam dirinya yg tidak dikenali oleh orang ramai itu hanya dialah salah seorang di muka bumi ini yg masih lagi mementingkan keesaan Allah dalam kehidupnya di mana kebanyakkan manusia amat mementingkan kesronokkan dunia walaupun di mulut mereka keluar hadis dan firman tuhan .
Apabila digabungkan maka maksudnya ialah pada waktu malam mereka bermujahadah tidak tidur sehingga subuh , semata-mata bagi Allah dan rasul sahaja dan menunaikan pesanan para bapa , datuk moyang rohaniah mereka dan pada malamnya itu mereka beramal dengan amalan-amalan warisan yg asli dari baginda Rasulallah s.a.w .dan itu juga bermaksud........" maka manusia mencari panji-panji hitam dan di dalam geng itu ada panji-panji hitam yg asli dari rasulallah s.a.w ".Maka amalan yg mereka amalkan itu adalah panji-panji hitam yg dicari-cari manusia kini yg tidak jumpa-jumpa maksudnya itu dan ahli-ahlinya itu .
mereka mengesakkan Allah sehingga jelas terpancar dan nyata pada batinnya seperti tulisan di bendera hitam putih .
Orang yahudi dengan segala aset yg ada iaitu dari kalangan KAHIN-KAHIN mereka melancarkan gerakkan mencari dengan cara menggunakan mesin pengimbas dari kalangan jin tetapi mereka tidak menjumpainya dan menjejakinya kerana GENG 313 TENTERA SABIL ini di sorok dan dilindungi oleh Allah .
Kalau kita lihat ada sesebuah kumpulan yg mengibarkan bendera hitam putih diseluruh dunia tetapi masih selamat dan yahudi tidak mengambil tindakan ke atas mereka , maka itu bukan GENG 313 tentera sabil panji-panji hitam . Kumpulan itu hanya mengajuk-ajuk dan meniru -niru sahaja .
BUKAN DIKALANGAN PARTI POLITIK
Samada di dlm negara ataupun diluar negara ,mereka bukan dikalangan ahli parti politik seperti PAS ,UMNO ,PKR dsb . mereka adalah orang Islam yg menganggap semua orang Islam bersaudara . Geng 313 tentera sabil ini berdiri bukan dari tapak acuan yahudi iaitu DEMOKRASI . Ia terbina di atas tapak kesinambungan KHILAFAH otomon yg telah dilupa-lupakan manusia termasuklah kita . Adakah telinga kita pekak yg Imam Mahdi r.a adalah seorang khalifah bukan perdana menteri !, presiden !. khalifah lantikan tuhan bukan lantikan manusia . Khalifah bukan lantikan manusia ,kalau ia dilantik oleh manusia maka manusia akan dapat menumbangkannya tetapi ia adalah lantikan tuhan dan hanya tuhanlah yg akan menurun dan menaikkan kedaulatannya . Kebenaran tidak tertegak dengan sistem demokrasi !
AMARAN: ARTIKEL INI DIPETIK DARI SEBUAH BLOGn TANYA-USTAZ.BLOGSPOT.COM.IANYA HANYALAH HASIL PENDAPAT PERIBADI..WALLAHUALAM, HANYA ALLAH MAHA MENGETAHUI SIAPA INSAN-INSAN PILIHANNYA........
Jutaan terima kasih buat: Penulis Blog WWW.Tanya-Ustaz.blogspot.com atas perkongsian maklumat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment