Friday, October 8, 2010

Al Masih Dajjal siri 12




Al Masih Dajjal siri 12 : Belajar sihir dari Ahli sihir Firaun...


Apabila Dajjal sampai sahaja ke Negara Mesir alangkah terkejutnya dia melihat kemajuan yg telah dicapai oleh negara itu .Kalau dibandingkan dengan zaman kini seperti seorang yg baru keluar dari perkampungan yg terpencil pergi ke bandaraya yg besar seperti NEW YORK .USA
Segala aspek kehidupan di Mesir telah maju kehadapanberbanding negara-negara lain di seluruh dunia pada zaman itu . Dajjal meninjau terlebih dahulu negara itu sebelum dia menetapkan utk tinggal di suatu tempat yg difikirkan strategik baginya .
Memang benar manusia-manusia berkata ,Mesir adalah ibu dunia ! bisik Dajjal seorang diri. Ketika Dajjal meninjau –ninjau dia terlihat satu seni binaan yg amat menakjubkan iaitu PIRAMID . Seni bina dan ketekunan para masyarakat Qibti dan Israel dalam membinanya . Dajjal ketika memerhatikan PIRAMID itu , di dalam hatinya berkata-kata , sekiranya pada masa akan datang jika ada kesempatan dia akan membina sebuah untuk dirinya sebagai tempat tinggalnya .
Sempat dia bertanya dengan jurutera pyramid di situ tentang hal ehwal pyramid ,apa yg dia dapati pyramid adalah sebuah bangunan yg ada hubungan bumi dengan cekerawala . kedudukannya ,mesti tepat dengan bintang yg terpilih di langit . Jenazah yg dimakamkan disitu tidak akan menjadi reput dan pyramid juga boleh merawat penyakit kulit . Hanya raja –raja yg bertaraf tuhan sahaja yg layak dimakamkan di dalam pyramid . Ujar jurutera itu .
Apabila di sebut sahaja HANYA RAJA BERTARAF TUHAN SAHAJA YG AKAN DI MAKAMKAN DI DALAM PIRAMID maka keinginan Dajjal semakin memuncak . Dia akan mencari cerdik pandai penduduk mesir yg ahli berkenaan pyramid itu dikalangan ahli kaji bintang ,ahli geomateri , ahli sihir dan arkitak serta jurutera utk dia mempelajari bagaimana hendak membina pyramid .
Sememangnya Dajjal amat gila dengan pyramid sekiranya para pembacamelihat di sebelah belakang duit USD 1 ,kita akan mendapati gambar pyramid yg di sebelah atasnya terdapat mata yg satu yg belum mendarat di sebelah atas pyramid itu . Dipercayai dan diakui itulah lambang atau cop mohor Dajjal yg akan muncul tidak lama lagi nanti .
Kalau kita lihat juga lambang FREEMASON dan ILUMINATI mereka juga menggunakan lambang yg sama . Bahkan orang -orang kuatDajjal yg mencipta undang –undang di dunia yg manusia ikuti kini ,giat membina pyramid –piramid di seluruhdunia bagi utk menghasilkan medan tenaga jahat yg tidak kelihatan dengan mata kasar termasuklah NEGARA MALAYSIA ( Sunway Piramid ) .
Lambang –lambang segi tiga ataupun lambang satu mata telah di gunakan sebagai lambang –lambang syarikat-syarikat berjenama di seluruh dunia . Adakah kita sedar akan perkara ini ? ataupun kita tidak tahu lagi ? .Begitulah dekatnya Dajjal dengan diri manusia . Sistemnya sudah diikuti oleh manusia dan sesiapa yg tidak mahu mengikuti akan dimomok-momokan sebagai pengganas dsb .
Setelah menetapkan satu kawasan utk dia tinggal beberapa lama di Mesir ,Dajjal giat mencari orang yg dekat dengan FIRAUN ,yg pertama dia mendekati ahli sihir –ahlir sihir FIRAUN . Pada mulanya dia di tolak oleh kumpulan ahli sihir firaun tetapi setelah beberapa kali memujuk dan proses meyakinkan mereka , maka dia diterima sebagai pembantu kepada salah seorang ahli sihir firaun yg terkenal . Daripadanya lah Dajjal mempelajari beberapa sihir ,ilmu-ilmu kimia , dan ilmu –ilmu meramal dan kaji bintang serta kaitan dengan manusia.
Kenapa ahli sihir –ahli sihir firaun itu menolak permintaan Dajjal berguru dengan mereka ? Ini kerana mereka syak yg Dajjal adalah keturunan bangsa ISRAEL .
Disebalik kepesatan pembangunan tamadun Negara Mesir wujud 1 jurang yg besar yg memisahkan di antara 2 bangsa iaitu bangsa Israel dan bangsa Qibti . Firaun adalah berbagsa Qibti dan juga para pembesarnya dan rakyatnya juga sebahagiannya berbangsa Qibti ada yg senang dan ada juga yg susah hidupnya tetapi tidaklah sesusah Bani Israel yg kebanyakkan drp mereka hidup susah dan melarat dan ditindas serta diperhambakan oleh firaun .
Ini semua ekoran daripada ramalan ahli sihir 30 hingga 40 tahun yg lalu iaitu akan lahir seorang bayi berbangsa Israel yg akan menjatuhkan tahta kerajaan Mesir . Sejak dari itulah Firaun memerintahkan semua bayi –bayi lelaki yg baru lahir ke dunia di sembelih ataupun dibunuh dan utk mengesan perempuan-perempuan Bani Israel mengandung ,Firaun memerintahkan perempuan bani Israel dilarang berpakaian ataupun telanjang .Para wanita Bangsa Israel terpaksa berbogel sekiranya mereka keluar drp rumah utk urusan sehari-harian . 2 perkara itu amat memalukan dan menindas bangsa Israel .
Bani Israel juga di klasifikasikan sebagai bangsa kelas yg ke 2 yg sama tarafnya dengan haiwan . Lelaki dewasa dikerah menjadi buruh kasar utk memotong batu-batu dari bukit dengan saiz yg besar dan mengangkatnya ke tempat pembinaaan pyramid . Mereka dilayan seperti hamba abdi. Para perempuannya dikerah menjadi pelayan-pelayan kepada bangsawan-bangsawan Qibti di seluruh Mesir .
Dajjal juga mendengar kisah yg mana Firaun telah mengambil seorang anak angkat ,firaun tidak mengetahui yg anak itu adalah berbangsa Israel . Semua itu atas pujukan Isteri firaun yg bernama ASIAH . nampaknya pasangan diraja itu tidak dikurniakan sebarang zuriat dan Firaun mengalah dan terpaksa akur dengan permintaan permaisurinya itu .
Tiba-tiba anak itu diangkat menjadi rasul dan nabi beserta saudaranya Harun . Dan berita terkini yg Dajjal dengar ialah Musa anak angkat Firaun itu telah membunuh seorang pegawal Firaun dengan sekali tumbukan sahaja . Dan Rasulallah itu menjadi buruan Firaun pula pada ketika ini . Lebih mengemparkan lagi isteri firaun ataupun ibu angkat Musa a.s itu memeluk agama yg diserukan oleh Musa a.s .
Oleh itu Dajjal terpaksa meyakinkan bahawa dia bukan keturunan Israel . Dalam keadaan negara Mesir yg terancam ,Dajjal mengambil peluang sebagai pembantu mempelajari segala ilmu yg diajarkan ,dia mencatatkan secara curi-curi segala bahan-bahan kimia dan formula-formula .Dia sering tidak tidur malam kerana sibuk mentalaah mentera-mentera ilmu-ilmu sihir .sedapat-dapatnya dia menghafal di kepalanya itu.
Sememangnya dajjal adalah seorang yg berbakat besar , otaknya mudah sahaja menghafal dan cepat memahami dan dapat menghurai formula –formula . sekiranya ada satu ujian utk nya nascaya Dajjal akan lulus dengan cemerlang .Potensi itu tidak diserlahkan dan Dajjal menunjukkan dia hanyalah seorang yg bodoh dan setia dan bendul di hadapan ahli sihir-ahli sihir Firaun . Dajjal juga sering menutup kepalanya dengan penutup kepala yg bersambung dengan jubahnya .
Dajjal teringin hendak berjumpa dengan MUSA a.s , seorang rasulallah . Dia teringat pesan ibu angkat dan sahabatnya big foot yg dia akan berjumpa dengan 2 orang rasul …salah satunya ada didepan matanya , maka ia hendak membuktikan kata-kata Jasasah itu …..
Bersambung …

No comments:

Post a Comment