Friday, October 8, 2010

Al Masih Dajjal siri 9




Al Masih Dajjal siri 9 : Bermulanya suatu pengembaraan..


...
Setelah Jasasah itu masuk ke dlm hutan ... Al Masih Dajjal kembali ke gua penginapannya dan masih terngiang-ngiang pesanan Jasasah itu ... yg dia akan mengalami satu malam yg dia tidak dapat tidur sebagai bukti dia akan di timpa laknat oleh Allah s.w.t tuhan semesta Alam .
Tiba-tiba hatinya ingin benar melihat kembali 7 peringatan yg pernah di lihat bersama-sama Jasasah yg ter tulis di 7 jenis batu yg besar-besar . Sampai sahaja di sana dia melihat dan memerhati dan membuat keputusan bahawa 7 peringatan yg ditulis di 7 biji batu besar itu adalah terjadi dari proses semulajadi bukan dari tulisan Jibrael yg di perintah tuhan yg di sebut-sebut oleh Jasasah itu .

Dia juga membuat keputusan burung yg mati kemudian di sapu dengan tanah hitam yg seperti dakwat itu yg menyebabkan burung itu kembali hidup dan terbang dan selepas itu mati semula adalah punca segala-gala kehidupan ,cuma yg membezakan banyak atau sedikit bahan itu di sapu ke atas sesuatu objek sahaja.

Al Masih Dajjal mengumpulkan bahan-bahan @ dakwat yg digunakan oleh Jibrael itu ke dalam sebuah bekas ,kemudian dia membawanya ke dlm gua tempat dia tinggal utk di simpan .

Apabila tiba waktu malam ketika ia mahu tidur ..tiba-tiba matanya tidak merasa mengantuk ..pelbagai usaha dan ikhtiar di cuba seperti makan dan min
um dsb tetapi matanya tetap juga cerah .Pada ketika itu dia mula teringat pesanan Jasasah itu tanda-tanda dia akan di laknat oleh tuhan iaitu dia tidak dapat tidur dlm satu malam tetapi peringatan itu lenyap kembali dan perasaan lain pula muncul iaitu timbul di hatinya utk keluar dari pulau tersebut .

Apabila matahari terbit maka dia mula utk menggumpulkan kayu-kayu kering utk dijadikan unggun api pada waktu malam nanti . Oleh kerana pada malam tadi tidak sepicing pun matanya mahu lelap maka pada waktu pagi yg hening itu , tiba-tiba matanya diserang mengantuk yg hebat lalu tertidurlah Al Masih Dajjal itu sehinggalah tiba waktu malam .


Apabila dia terjaga maka dia melihat persekitarannya sudah pun gelap dan dengan bersusah payah dia menggumpulkan kayu api dan menjaganya supaya ia tidak padam .Dia menjaganya supaya nyalaan api itu besar dan boleh di lihat oleh orang walaupun dari jarak yg jauh . Dia
melakukan perkara yg sama selama 3 hari .

Tiba-tiba pada suatu malam ,Al masih dajjal melihat suatu objek yg yg berupa kapal yg samar-samar berlabuh di tepi pantai dan tidak lama kemudian dia melihat beberapa lembaga bergerak-gerak di gigi pantai dan alangkah terkejutnya Al Masih dajjal apa yg dilihatnya itu adalah lembaga seperti dirinya iaitu manusia !.

Seramai 3 orang turun dari sampan itu . Manusia itu ialah para pelayar dari Negara Yaman .Tanpa membuang masa Al Masih dajjal pun memperkenalkan dirinya da
n menceritakan sejarah hidupnya kepada para pelayar .

Selepas sahaja para pelayar mendengar penjelasan Al Masih dajjal mereka pun tertawa dan seraya berkata sesama mereka bahawa anak itu seorang yg kurang akalnya atau telah dirasuk jin ditambah pula mereka melihat mata anak itu yg cacat dan jelek .

Al Masih dajjal menyatakan hajatnya utk menumpang bahtera para pelayar itu dan para pelayar itu membenarkan . kemudian Al Masih dajjal teringin sangat utk diturunkan di Negara Yaman yg makmur tetapi hasratnya ditolak . Para pelaya
r akan menumpangkan tetapi mereka tidak mahu menurunkan di Negara Yaman ,Mereka akan menurunkan di pelabuhan yg lain iaitu selain darpada Negara Yaman .Di dalam hati mereka menganggap yg anak itu akan membawa sial kepada mereka dan menyebabkan perniagaan mereka kelak akan merugi . Itulah suatu alamat tanda-tanda yg Al Masih Dajjal telah terkena laknat oleh Allah seperti yg dijelaskan oleh Jasasah .

----------


Apabila sahaja dia diturunkan di suatu pelabuhan di sebuah daerah berdekatan dengan Negara Yaman dia menyaksikan suatu kehidupan yg begitu aneh dan pelik ,terdapat begitu ramai lembaga sepertinya iaitu manusia . Aktiviti yg aneh , berpakaian yg aneh , sungguh menakjubkan . Al Masih Dajjal cepat belajar dari keadaan itu ,walaupun matanya jejek tetapi akalnya amat genius seolah-oleh lebih bijak daripada 100 orang lelaki .

Sejak dari itu Al Masih dajjal suka mengembara utk mencari ilmu ,kemahiran dan harta sebanyak-banyaknya , Dia juga suka bergaul dengan ilmuan seperti doktor ,filusuf ,ahli kaji bintang ,kahin dsb .

Dari satu negara ke satu negara dia mengembara ..kini usianya mencapai usia 10
0 tahun .Tetapi pada diri dajjal seakan-akan masaberhenti pada masa dewasanya . Ilmu dan kemahiran dan pengalaman nya semakin meluas ,begitu juga hartanya tetapi jasadnya seolah-olah tidak di jamah masa dan cuaca . Ini suatu yg amat menggembirakannya . ...

Bersambung .....

No comments:

Post a Comment