Al Masih Dajjal siri 8 : Peringatan yg terakhir ..
.... Begitulah bolak balik hati manusia Dajjal akhir zaman , hatinya di dorong kuat dengan bisikan bahawa dia adalah tuhan yg sebenar ,kalau tidak pun dia akan menjadi tuhan pada masa akan datang . Apa yg diceritakan oleh Jasasah berkenaan tuhan itu nampak hebat ,tuhan di sembah ,tuhan di taati , tuhan mencipta semua makhluk ...argh begitu istemewa tuhan itu dan apa salahnya bercita-cita menjadi tuhan . .... kedegilan manusia Dajjal akhir zaman itu menyebabkan Jibrael a.s menemui Jasasah . Beliau memerintahkan agar diperingatkan sekali lagi manusia dajjal akhir zaman itu supaya dia akan sedar dirinya dan menjadi hamba tuhan bukan mengaku-aku menjadi tuhan .
Pada keesokkan harinya Jasasah menemui manusia Dajal akhir zaman lalu berkata dengan bahasa arab yg fasih " Sesungguhnya Jibrael a.s menyuruhku utk menemuimu dan berbicara dengan mu ,bahawa engkau akan berhadapan dengan masalah yg sangat serius dan penting . Meskipun demikian engkau mempunyai hak utk memilih haluan hidupmu .
Yakinlah hal ini datang daripada Jibrael a.s yg menggoreskan tangannya di atas kertas ini .Letakkanlah tanganmu nascaya kamu akan mendapati tanda-tanda kebesaran Allah . Lalu sembahlah Allah tuhanmu yg Maha penyayang di antara yg penyayang . Jika engkau tidak melakukan , maka engkau akan menjadi makhluk yg terlempar dari rahmat Allah "
Lalu dia mengambil sedikit tinta yg berupa tanah yg berwarna dan dilemparkan ke atas bangkai burung yg sudah mati beberapa hari , maka dengan izin Allah s.w.t burung itu hidup dan terbang ke awan . Tidak lama kemudian burung itu kembali dan jatuh seterusnya menjadi bangkai .
Manusia Dajjal akhir zaman bertanya wahai Jasasah "apa hakikat yg terjadi ini ?
Jasasah menjawab : Tinta ini mempunyai kemampuan roh dan kekuatan Jibrael a.s . Ia mempunyai kekuatan utk hidup dan perkara ini digunakan utk membantu para utusan Allah ketika kaum Rasul itu meminta darinya supaya menghidupkan manusia yg sudah mati . Tetapi hal ini dapat berlaku dengan seketika sahaja selepas urusan itu selesai maka manusia yg hidup itu akan mati dan semuanya kejadian itu berlaku dengan izin Allah s.w.t.
Selanjutnya Jasasah menyambung .. Seharusnya engkau rebutlah peluang ini utk menjadi manusia yg baik dan menyembah Allah taala . Ikutilah ..sesungguhnya hari esok akan terjadi banyak perkara yg mengerikan... Selepas itu Jasasah kembali membisu dan berlalu begitu sahaja seakan -akan tidak terjadi sesuatu sebelumnya itu
. Manusia Dajjal yg sudah remaja itu masih degil dan cuba membanding-bandingkan apa gunanya menjadi manusia yg baik dan menjadi raja dan alangkah lebih baik jika aku menjadi tuhan sahaja ..tuhan dipersembah dan pertuhankan , ia begitu istimewa
Akhirnya manusia Dajjal itu sudah mengambil keputusan bahawa dirinya sepatutnya memilih menjadi tuhan daripada menjadi manusia yg baik dan menjadi raja . Dan Dajjal berfikir yang Jasasah binatang yg mendampingnya itu sebenarnya adalah makhluk suruhannya dan dia cuba membuktikan telahannya itu , sekiranya ujian yg akan dijalankan itu benar , maka dia sebenarnya adalah tuhan yg disebut-sebut oleh binatang itu .
Pada malam hari dia cuba mencari Jasasah .Dia membawa seberkas obor untuk menyuluh jalan-jalan di sekitar pulau itu dan tujuan yg keduanya pula ialah dia ingin menguji kesetiaan binatang pendampingnya itu . Dengan izin Allah s.w.t Manusia dajjal menemui Jasasah dan terus mencucuh obornya itu ke anggota Jasasah lalu binatang tersebut lari lintang pukang sambil menahan kesakitan .
Pada fikiran manusia Dajjal itu ,ujian kesetiaan sudah pun lulus .Sungguh dia adalah tuan dan binatang itu hanya sebagai makhluk suruhannya . Buktinya binatang itu tidak mencederakannya .Pada keesokkan harinya dia mencari Jasasah dan pada kali ini dia menemui dan meyakinkan dia tidak akan mencederakan temannya itu .
Manusia Dajjal itu cuba ingin mempengaruhi dan menjadi tuan yg akan memerintah dan mengarahkan apa-apa jua perintah kepada binatang itu ,sekiranya binatang itu mengikutinya maka ini adalah bukti yg ke 2 yg dia adalah tuan ataupun tuhan . Sebelum manusia dajjal itu berkata ..... Jasasah dengan lidah yg fasih itu berkata..
" Sesungguhnya aku hanya mengikuti perintah Allah dan tidak akan mengikuti perintah selain daripada-Nya . Engkau akan menghadapi satu malam tanpa tidur yg menjdi bukti engkau akan dilaknat oleh Allah s.w.t dan selepas itu engkau akan keluar dari pulau ini .
Engkau akan berpeluang melihat dan menemui 2 rasul ulul azmi ..maka terserahlah kepadamu utuk memilih di antara 2 jalan ... "
Selepas sahaja Jasasah berkata lalu iapun masuk ke dalam hutan buat selama-lamanya ..."
Bersambung...
No comments:
Post a Comment