Al Masih Dajjal siri 5 : Kisah pilu seorang bapa
Perasaan yg di rasai oleh bapa Dajjal amat memedihkan ,dia telah di hukum penjara oleh Hakim @ Tuhan di negeri itu ,bukan setakat itu sahaja ,bahkan dia telah di seksa dengan berat dan pedih ,sehinggalah dia terpaksa berbohong yg dialah yg mengangkat anaknya dari tempat tidur ke pangkuan berhala lembu betina liar itu .
Bapa Dajjal juga terpaksa akur bahawa tiada tuhan yg di sembah selain Hakim , dan menafikan kekuasaan tuhan berhala lembu liar yg ada di sudut rumahnya itu . dua pengakuan itu lah yg menyebabkan hakim melepaskan dia drp hukuman penjara dan seksaan yg berat .
Pembebasan itu bersyarat............
- Hakim melarang bapa Dajjal menceritakan "peristiwa " itu kepada khalayak penduduk negeri itu dan bapa Dajjal juga mesti menjelaskan bahawa dia telah berbohong kepada orang ramai
- Mengatakan tuhan yg sebenar adalah hakim bukan Patung Berhala Lembu Liar itu .
- Anak lelakinya @ Dajjal hendaklah di serahkan kepada Hakim untuk dipelihara dan di awasi .
Syarat-syarat itu menyebabkan perasaan bapa Dajjal sangat tertekan , Pembebasannya itu hanya berupa pembebasan fizikal sahaja tetapi jiwanya masih dipenjara dan diseksa , Bapa Dajjal terpaksa menafikan nalurinya dan menerima tomahan drp masyarakat sekeliling , seksaan batin yg paling berat ialah apabila dia sudah tidak lagi dibenarkan bertemu dengan anak lelaki kesayanganya itu ,kebahagian yg baru berputik telah di rampas drpnya .Pengorbanan yg berpuluh -puluh tahun itu tidak berbaloi dan sia-sia sahaja baginya .
"SESUNGGUHNYA ANAK ITU BANYAK MEMBERI KEBURUKKAN DARI MANFAATNYA !!!... maksud hadis .
Penderitaan batin yg sangat berat ditanggung oleh bapa Dajjal berakhir dengan kematiannya .
-------------------------------------
Kekaguman manusia terhadap As Samiri @ Dajjal itu tersebar luas di pelusuk negeri itu ,walaupun hakim berusaha memadamkan berita itu berita itu tetap dibicarakan oleh manusia . Hakim mendakwa bahawa anak itu hanya seorang anak yg biasa-biasa sahaja ,keajaibannya itu adalah drp hasil rasukkan syaitan .
Oleh itu hakim memerintahkan para tabib dan dukun di pelusuk negeri datang untuk mengubati penyakit anak itu . Maka ramailah para tabib dan dukun datang ke istana untuk cuba mengubatinya tetapi usaha -usaha itu tidak berhasil . Objektif Hakim ke atas anak itu ialah
- Mengeluarkan syaitan yg merasuk di dalam tubuh anak itu
- Menyembuhkan penyakit mata yg dihadapi nya
- Mengenal pasti penyakit apa yg di hidapi oleh anak itu yg tidak mahu bergerak-gerak dan hanya tidur sahaja .
Pada suatu hari datanglah seorang dari kalangan penduduk Syamirah menyamar sebagai Dukun . Dia adalah salah seorang dari penduduk Samirah yg bersetuju dengan Bapa Dajjal dan bersimpati dengan anak itu yg kebetulan sama dari segi agama dengan bapa Dajjal .
Dia berkata kepada Hakim
" Anak itu adalah keturunan Samiri , 2 huruf ra' dan ha' yg terletak di akhir kalimah itu ialah di sandarkan ke suatu negeri iaitu negeri Sam (Sam itu bukan Negeri Syam @ Syria yg ada sekarang) . Negeri itu di sandarkan kepada nama salah seorang anak Nabi Nuh a.s iaitu SAM BIN NUH A.S . Sam adalah pengasas bagi penduduk Samirah setelah terjadinya peristiwa banjir besar . Ketika Sam( Dajjal ) masih kecil dia tidak berupaya menggerakkan kakinya sehingga datanglah malaikat mengajar bagaimana untuk menggerakkan kakinya itu .Dakwa Dukun itu lagi , Samiri ( dajjal ) adalah keturunan Sam bin Nuh a.s."
Mendengar sahaja penjelesan itu hakim menuduh nya sebagai gila ,tuduhan itu diikuti dengan pembesar -pembesar hakim .Hakim memberi amaran supaya jangan di sebar-sebarkan kisah ini kepada orang ramai ,kisah ini berhenti setakat di Balai penghadapan sahaja ,dilarang di bawa keluar dari dewan yg mulia ini , Barang siapa yg membawa kisah ini keluar dan menyebar-yebarkannya , maka akan dihukum dengan hukuman yg berat .
Setelah ramai para tabib dan dukun dipanggil 3 objektif yg ditetapkan untuk dicapai itu tidak membuahkan hasil nya dan para ahli mesyuarat dan juga hakim berpendapat dan membuat keputusan membiarkan sahaja anak itu , sambil memantau perkembangan nya dari semasa ke semasa .
Setelah berlalu satu tahun Dajjal dipelihara dan tinggal di istana ,ketika itu Dajjal berumur 5 tahun , Dajjal @ Samiri mula menampakkan pergerakkan -pergerakkan fizikal ,dan tiba-tiba dia dapat bangun dan berdiri dan berkata -kata dengan manusia di sekelilingnya dengan perkataan yg berbata-bata . Para pengasuh Istana dan orang -orang yg tinggal di dalam istana mula menyukainya .
Setelah sebulan peristiwa itu belalu ,tiba-tiba datanglah janji Allah s.w.t . Allah s.w.t memerintahkan Jibril a.s memadamkan negeri itu dari peta dunia seperti yg berlaku ke atas penduduk Negeri Sadum dan Amurah . Antara maksiat yg dilakukan oleh mereka ialah berleluasanya perbuatan zina dan liwat .
Mereka dihujani batu-batu yg berapi dari langit sehinggalah semua penduduk negeri itu termasuk tuhannya mati .Maka musnahlah sebuah tamadun manusia . Semua penduduk negeri itu mati kecuali seorang kanak-kanak yg berusia 5 tahun 1 bulan . kanak-kanak yg cacat penglihatan itu tidak lain tidak bukan ialah yg dikenali di dalam Al Quran sebagai As Samiri ataupun yg dikenali di dalam hadis sebagai Al Masih Dajjal ataupun yg dikenali oleh masyarakat barat sebagai Uncle Sam atau Anti Christ . Ataupun tuhan yg akan mucul pada zaman ini selepas peristiwa pelanggaran planet X dengan bumi , ataupun raja bagi makhluk asing @ UFO . ...Maka tinggallah kanak-kanak itu bersendirian di negeri itu dengan izin Allah .
Bersambung ..............
No comments:
Post a Comment